Wednesday, October 28, 2009

PAIP AIR PECAH

BEKALAN AIR TERPUTUS
(kerana kecuaian -siapa yang dipertanggung-jawpkan?)

Keseluruhan kawasan Kuala Belait dan Panaga telah kekeringan tanpa air selama hampir 2 hari, disebabkan terputusnya bekalan air, dan ini telah menimbulkan permasalahan dikalangan penduduk – penduduk dikawasan berkenaan.

Dari sumber yang didapati, terputusnya bekalan air berpunca dari kerja-kerja pengorekan jalan yang sedang dikendalikan oleh pihak kontraktor.

Pegawai atau Penyelia JKR yang mengawasi kerja-kerja pengorekan jalan setentunya memang sudah sedia maklum, akan rasiko-rasiko yang akan dihadapi semasa melakukan kerja-kerja tersebut, justeru itu, sebarang pengorekan yang akan dibuat dalam kawasan-kawasan berkenaan (Dearah Belait) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan borang ‘PERMIT TO DIG’ dari Unit Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya bagi tujuan memohon kebenaran dan komen dari Jabatan dan Seksen-seksen tertentu (saperti Telikom, Air & Gas, Letrik, Pembentungan dimana akan memaklumkan posisi saluran-saluran yang terdapat dalam kawasan-kawasan berkenaan) sebelum sebarang kerja pengorekan dlakukan oleh pihak kontraktor.

Pegawai dan Penyelia JKR yang ditugaskan untuk mengewasi kerja-kerja dikawasan berkenaan seharusnya faham dan mengetahui akan prosedur-prosedur telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya, termasuk juga pihak kontraktor.

Siapa harus dipersalahkan dan dipertanggung-jawapkan dalam keadaan sekarang dimana semuanya kalang kabut disebabkan terputusnya bekalan air disebahagian besar kawasan Kuala Belait.

Apakah pehak Jabatan Kerja Raya akan mengambil tindakan terhadap Pegawai atau Penyelia JKR kerna kecuaian mereka dan pada waktu yang sama mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor berkenaan bagi menuntut kerugian diatas kerosakan paip-paip air, dan bayangkan jika sekiranya ‘paip utama’ yang pecah (yang boleh dianggarkan mencecah beratus ribu ringgit dalam beberapa jam) wang kerajaan terbuang dengan begitu saja dikawasan berkenaan. Kerugian-kerugian yang lain mungkin saperti:

1. Anggaran harga air berseh yang telah mengandungi ubat dimana telah banyak terbuang,

2. Kerugian-kerugian dipehak awam dan para peniaga

3. Bayangkan juga jika berlakunya kecemasan saperti kebakaran dan sebagainya….

Menetapkan seseorang yang bukan tempat atau pakar dalam bidang nya akan mengundang permasalahan dan kehancuran dalam organasasi.

Slogan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN


olek : Dr Hj Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin

Sunday, October 11, 2009

ROMBAKAN KABINET JEMAAH MENTERI


Sudah tiba masanya, rombakan baru dan reformasi kalangan Jemaah Menteri harus dilakunkan sekarang, ianya perlu kerana mengikut perkemabangan keadaan dan suasana masakini, reformasi terhadap sebahagian para Menteri dan Timbalan Menteri serta beberapa buah Kementerian dan Jabatan-jabatan serta Agensi-agensi kerajaan dibawah kepimpinan Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan yang telah dikenalpasti lemah, lembab dan kurang peningkatan serta kurang daya saing mestilah diberi nafas baru supaya ianya dapat lebih proactive dalam mengendalikan dasar-dasar kerajaan.

Reformasi dan rombakan kalangan para Menteri dan Timbalan Menteri yang telah lama berkhidmat dan kurang berdaya maju serta kurang berdaya saing, dan juga factor usia yang sudah melebihi sukatan umur, dan yang bersikap robot takut dengan reformasi, harus segera diganti, jika tindakan dan rombakan tidak dibuat, ianya akan saperti 'anai-anai' dalam kayu, dimana sama ada secara langsung atau tidak langsung ianya akan merosakan perjalanan pentadbiran serta program-program yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan saperti yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan iaitu KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang juga selaku Perdana Menteri kita.

Reformasi kearah kemajuan dalam aspek pembangunan, social, pendidikan, keselamatan dan kemajuan ekonomi serta SME juga perlu dilakukan agar negara kita sabanding dengan negara-negara jiran. Disamping kita berusaha kearah bereformasi, harus juga diambil kira agar usaha tersebut tidak akan menghalang dan menjejaskan program-program kerajaan dalam membentuk peningkatan kerohanian dan kejasmanian rakyat dan penduduk dinegara ini.
Jawatan Menteri adalah merupakan ‘Jawatan Politik’ (Political Post), bukannya merupakan satu jawatan dalam Perkhitmatan Awam saperti tanggapan sebahagian dari masyarakat dan tidak terkecuali sekelintir para Menteri (berasaskan tindakan yang dibuat oleh Menteri), justeru itu sebarang tindakan dan keputusan haruslah berasaskan dengan amalan politik disamping isu-isu politik yang memabitkan kepentingan rakyat, agama dan Negara.

Dinegara ini, amat sukar bagi kita melihat Menteri atau Timbalan Menteri turun padang dan bermesra bersama rakyat (kecuali lawatan Resmi) bagi mengetahui secara dekat hasrat rakyat. Kenyataan nya hubungan antara para Menteri dan Timbalannya dengan rakyat nampak tidak erat dan tidak mesra. Terdapat juga aduan-aduan dari rakyat dimana ada Menteri yang mengadakan perjumpaan dan dialog dengan rakyat kedaerah dan mukim, namun demikian setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan kepada Menteri berkenaan ditolak dan tidak diterima dengan alasan yang diberikan oleh Menteri berkenaan bahawa perkara-perkara dan isu-isu yang dikemukakan itu adalah remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan, (mungkin bagi pandangan Menteri berkenaan isu tersebut remeh, akan tetapi bagi rakyat yang merasainya isu berkenaan amat bererti dan penting yang mana harus ditanggani oleh Menteri atau Timbalan nya)

Terdapat juga Menteri dan Timbalannya bersikap saperti ‘robot’ dan tidak berani membuat reformasi tetapi menunggu arahan dari Bos yang besar.

Jika kita mahu melihat kesenambungan dan mengkekalkan keharmonian bernegaraserta perjalanan pentadbiran yang First Class, para Menteri dan Timbalan Menteri mestilah mencontohi sikap kepimpinan yang tonjolkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPeruan yang sentiasa perihatin dan erat serta mesra dengan rakyat.

Walaupun pada hakikatnya, Jemaah Menteri bukan dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, namun kerjasama dan permuafakatan yang erat antara para Menteri dengan rakyaat dan penduduk negara ini amat penting dalam sistem pentadbiran Negara yang berasaskan konsep Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik.

Sebagai pemimpin yang berada dalam Kabinet, para Jemaah Menteri perlu bersatu-padu dan sehaluan dalam melaksanakan amanah, mandat dan tugas-tugas pentadbiran tanpa menghiraukan kepentingan diri sendiri atau keluarga, permuafakatan antara ahli Jemaah Menteri akan sentiasa diperhatikan dan mempunyai kesan yang luas dalam kehidupan rakyat dan penduduk negara ini keseluruhannya.

Ahli Jemaah Menteri perlu sedar bahawa kejayaan Kerajaan secara keseluruhannya bergantung kepada kecekapan pentadbiran dan keberkesanan peranan yang dimainkan sebagaimana skop tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan sebagai sesebuah kementerian.

Menyentuh pembangunan negara, masih banyak lagi cabaran dan rintangan yang perlu ditempuh, Negara Brunei Darussalam yang kini berada pada satu tahap yang membanggakan, namun begitu masih ada ruang untuk usaha ini dipertingkatkan lagi. Ahli Jemaah Menteri perlu memastikan negara sentiasa dilindungi daripada kejutan luar, usaha untuk melaksanakan pembangunan secara seimbang dan terus memperkukuhkan ekonomi negara bagi mengelak daripada sebarang kejutan yang tidak disangka.




Sologan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN




Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin

Saturday, October 10, 2009

RASUAH SEMAKIN BERLELUASA





RASUAH - Jalan Kehancuran Masyarakat dan Negara

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya, sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia, perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi amalan biasa.

Apa–apa pun amalan biasa terutama yang buruk, seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia.

Negara kita, Brunei Darussalam juga tidak terkecuali dalam fenomena ini, walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat.

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis–habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara, penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan sedang rancak mencanang program pembangunan dan perekonomian SME yang bertujuan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara maju.

Gejala dan amalan rasuah akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran dan perundangan negara ini. Rasuah juga menyebabkan seseorang menjual prinsip, maruah dan harga diri. Masyarakat yang me mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Dewasa ini gejala rasuah menjadi topik perbincangan masyarakat dinegara ini, isu yang melibatkan beberapa orang pekerja disebuah syarikat ternama tempatan menjadi bahan perbincangan yang hangat diperkatakan, walaupun isu berkenaan bukan lagi merupakan satu kejutan, tetapi sudah menjadi asam garam dalam kehidupan masyarakat. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita penangkapan, dakwaan dan juga hukuman ke atas pesalah rasuah, dari sekecil-kecil kes hinggalah ke kes yang melibatkan personaliti yang berprofil tinggi. Namum demikian sipemberi dan sipenerima rasuah tetap juga melakukan kegiatan tersebut dari masa kemasa.

Punca rasuah yang dikenalpasti adalah saperti:
* Pemusatan kuasa, terutama dari kalangan para pemegang kuasa,
* Kurang ketulusan dalam urusan pentadbiran kerajaan atau syarikat,
* Projek mega yang menglibatkan penggunaan wang yang banyak atau berlebihan,
* Kelemahan sistem perlaksana,
* Gaji yang tidak mencukupi disebabkan kos kehidupan yang kian meningkat,
* Banyak hutang peribadi

Apabila sumber-sumber ekonomi seperti tender-tender dimonopoli oleh sekelompok pihak yang mampu memberikan ‘sogokan’ yang paling lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam melaksanakan tugas. Akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah, disebabkan hasil kerja buruk oleh syarikat yang mendapatkan tender projek-projek yang selalunya bukanlah syarikat yang terbaik untuk projek-projek tersebut, maka kehancuran terhadap projek berkenaan pasti akan berlaku.

Rasuah yang dilakukan melalui ‘kuasa politik’ dan ‘orang dalam’ di jabatan-jabatan berkaitan yang berkuasa membuat keputusan adalah perkara biasa. Di samping itu, ada syarikat-syarikat tertentu meletakkan nama ‘orang-orang besar’ dan ‘berpengaruh’ dalam syarikat mereka agar kehendak mereka dapat tercapai dengan mudah. Telah sering kedengaran keluhan syarikat-syarikat kontraktor tulen yang benar-benar mampu melaksanakan kerja tanpa perlu sub kepada syarikat lain, menceritakan nasib mereka yang seringkali gagal mendapat projek kerana ketiadaan jaringan atau pengaruh kuat melobi sama ada melalui kuasa politik atau kuasa wang ringgit.
Persoalannya sekarang adalah kewajiban menukar sistem kufur Kapitalis ini dengan sistem Islam yang datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Menurut kenyataan Pejabat Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, telah memberikan beberapa garis pandu mengenai cara yang terbaik bagi membanteras atau mengurangkan gejala rasuah daripada berleluasa diantaranya:

* Menyebarkan kefahaman terhadap Islam kepada masyarakat,
* Membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa,
*Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur dan bertanggung- jawab
* Membersih jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam.

Sologan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN


oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin

Saturday, September 12, 2009

SALAM ADILFITRI







SALAM ADILFIRTI
dengan ucapan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada:
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan Keluarga serta Ahli-ahli Kerabat Diraja.
Para Jemaah Menteri Negara Brunei Darussalam serta Keluarga
Pegawa2 dan Kakitanggan2 Kerajaan serta Keluarga DAN
Rakyat Brunei serta Penduduk Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam.
SALAM TULUS IKHLAS
daripada:
Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin serta Keluarga
Kuala Belait
Negara Brunei Darussalam

Monday, August 31, 2009

PASAR BARU KUALA BELAIT ATAU RANGKA PASAR?







Masyarakat diDearah Belait, khususnya para peniaga-peniaga sayur dan ikan, serta para pemohon bangku-bangku jualan dipasar dikawasan Kuala Belait tertanya-tanya APA SUDAH TERJADI DENGAN PROJEK PASAR BARU yang sudah hampir 3 tahun terbangkalai, ditambah lagi dengan rumput-rumput yang panjang saperti bangunan berkenaan berada dalam hutan, dan pandangan serta keadaan sedemikian adalah sangat tidak elok dilihat dengan mata.

Apa yang difahamkan projek untuk membina Pasar Baru Kuala Belait yang telah ditawarkan kepada sebuah syarikat tempatan pada tahun 2006, oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, dianggarkan bernilai hampir B$4 juta lebih, juga difahamkan projek berkenaan tergendala pembinaannya apabila syarikat berkenaan mula mengalami permasalahan dalaman untuk meneruskan kerja-kerja projek berkenaan sejak awal tahun 2007.

Setelah mengetahui projek Pasar Baru Kuala Belait berkenaan tergendala sejak tahun 2007 hingga kini, (tahun 2009) kenapa belum nampak sebarang tanda-tanda atau tindakan diambil oleh pihak-pihak tertentu saperti Jabatan Bandaran Kuala Belait, Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri (selaku pemilik bangunan projek berkenaan), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan (selaku pengendali projek).

Persoalannya, apa kah masih ada bajet peruntukan projek Pasar Baru Kuala Belait saperti yang telah diperuntukkan sebelumnya?, Atau perlu kah untuk memohon peruntukan baru bagi tujuan menyelesaikan projek berkenaan..?

ATAU harus kah menunggu sehingga Pemimpin No 1 negara ini, turun padang dan melihat keadaan projek berkenaan, barulah tindakan diambil?
Qoute: "Beta melihat, masih banyak kerja-kerja terbengkalai yang perlu dipercepat. Setengah projek tu, baru saja berjalan tiba-tiba berhenti. Mengapakah ia terhenti? Di manakah salahnya ini? Apakah ini tidak mungkin – menjadi salah satu sebab – menyumbang kepada banjir besar?" Unqoute.
Titah Sultan diMajlis Istiadat Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan ke-5 Majlis Mesyuarat Negara pada 12 Mac 2009.


Salogan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN

oleh: Dr Hj Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin

Saturday, August 29, 2009

BRUNEIAN MIFFED OVER THE DEROGATORY REMARKS ON HIS MAJESTY THE SULTAN








As a Bruneians, I would like to express my unhappiness and deepest regret over the the statement written and posted by DontPlayGod and published in MalaysiaToday under the title “RPK to Shariah Lawyers: don’t mess with us”, dated 28 August 2009, which insulted the good names of our Sultan and Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

The derogatory remarks which had tarnished the reputation of Brunei Darussalam and His Majesty the Sultan and Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam and such remarks are very sensitive and will affect Brunei’s friendship and could damaging to Brunei-Malaysia relationship.

We Bruneian respect the Malaysian Democracy System of Government and its people, and at the same time we expect the people of Malaysia will also respect us, especially our system of Government, Although the people of Malaysia practice their democracy right, it does not mean that they have their right to insult the good names our Ruler.

The people of Brunei Darussalam had never made derogatory statements on Malaysia, and neither has ever interfered in the affairs of the country. We have only observed and have never commented on issues relating to Rulers of Malaysia

I do believe ‘DontPlayGod’ is a member of Malaysia Today, and Malaysia Today.net as the publisher were also hold the responsibility for allowing such derogatory remarks to be published in their Blog.

Unless the Writer (DontPlayGod) and the Publisher (the Malaysia Today) could produce the purported evidence of the alleged remarks within the time frame, we will decide the next course of actions, which could include defamation suits against both parties.

We will not drop the matter unless the Malaysian Government take on the matter seriously and to take action prompt.

For the record, this is the 3rd times such derogatory remarks on our Ruler had made by the foreign media, First in 1999 The Harakah report on the allegation made by the Deputy Minister in Prime Minister Office, Dato Ibrahim Ali, Second in the year 2001 the contains of ‘the White Book’ published by FKB DPR the party members belong to Bapak AbdulRahman (Gusdur) the ex-President of Republic of Indonesia and Third remarks published by Malaysia Today.net

On the behalf of the people of Brunei Darussalam, I will submit a protest letter to the Malaysia Prime Minister through Malaysian High Commission in Brunei Darussalam.

salogan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN

By: Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin

Wednesday, August 5, 2009

Audit Keselamatan Jalan Raya

Dalam Blog saya yang lepas, saya mengunapakai perkataan ‘audit’, bukan maksud untuk memeriksa kira-kira (akaun) secara rasmi, akan tetapi menguna pakai bagi tujuan ‘mengaudit’ prestasi (performance) pekerjaan, mengaudit sistem, mengaudit waktu yang digunakan dalam perlaksanaan tugas dan tanggung-jawap masing-masing.


Kali ini perkataan ‘Audit’ juga saya gunapakai bagi tujuan ‘Mengaudit’ Keselamatan Jalan Raya dan Jalan-jalan Raya dinegara kita.

Kita sudah sedia maklum, sejak negara merdeka 25 tahun lalu, tidak kita nafikan bahawa kemajuan dan pembangunan disegi bentuk fazikal (bangunan) dan infrastruktur sungguh amat cantek dipandang, namum begitu apakha usaha-usaha untuk mengaudit pembangunan bentuk fazikal dan infrastruktur tersebut sudah dibuat dan apa pula hasilnya?, serta apa tindakan seterusnya?.
Pada hakikatnya dari setahun kesetahun bertambahnya bilangan kenderaan sekaligus meningkatkan kesesakkan pengguna jalan raya berlaku terutama pada waktu-waktu puncak, begitu juga masih terdapat kes-kes kemalangan jalan raya berlaku.

Keselamatan dan keselesaan orang ramai merupakan factor utama apabila kita merancang untuk membina jalan raya atau lebuhraya.

Negara kita memiliki jurutera-jurutera yang terdiri dari anak-anak Brunei yang berkelulusan dan berkelayakan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan dari negara-negara yang telah lama maju dan berjaya dalam bidang teknologi kejuruteraan, dimana pengelaman, pendidikan serta teknologi tersebut dapat diluahkan dan diperkenalkan dalam usaha memperbaiki tahap dan standard jalan raya yang lebih baik dan selamat. Justeru itu para jurutera serta pereka jalan raya atau lebuhraya mestilah peka terhadap kajian-kajian keselamatan yang terkini, dari sini mereka dapat diaplikasikan dalam membina jalan raya yang lebih selamat dan efektif.

Dalam merekabentuk jalan, laluan pejalan kaki serta persimpangan yang lebih selamat dan selesa bagi orang ramai dan pengguna juga perlu diambil kira. Justeru itu, pendekataan kejuruteraan juga perlu diberi perhatian bagi menyediakan persekitaran jalan raya dan reka bentuk keselamatan jalan raya yang baik perlu untuk mengurangkan kerosakan jalan. Keretakan jalan raya terjadi akibat dari reka bentuk yang tidak memuaskan boleh mengundang kemalangan kepada orang ramai dan pengguna, disamping itu terdapat juga jalan-jalan raya dan lebuhraya yang bergelombang dan ada kalanya menekong ayer apabila ketika hari hujan boleh mengkibatkan kemalangan, jika dinilai kita mempunyai ‘raw materials’ yang terbaik mengikut ‘standard’ bagi tujuan membina jalan-jalan raya, tetapi persoalannya mengapa perkara-perkara sedemikian sering berlaku dan terjadi?

Pihak Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kerja Raya dengan kumpulan jurutera-jurutera yang berpengelaman luas dalam bidang kejuruteraan jalan raya, harus membuat kajian untuk mengenalpasti lokasi-lokasi yang sering bermasalah atau sering terjadi kemalangan dengan mengambil kira tindakan Audit Keselamatan Jalan Raya yang terperinci saperti:

Ø Mengenalpasti masalah dan kemalangan dari aspek keselamatan dilokasi berkenaan,

Ø Mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbaiki kekurangan tersebut dalam menjamin serta meningkatkan keselamatan dan keselesaan orang ramai dan pengguna,

Ø Mendapatkan serta menganalisa data statistic kemalangan jalan raya yang pernah berlaku atau mungkin yang berpontesi akan berlaku dengan menganalpasti punca kemalangan,

Dari kajian dan Audit Keselamatan Jalan Raya yang dilakukan dapat memberikan gambaran sebenar tahap keselamatan jalan raya dilokasi berkenaa, bagi tujuan proses jaminan kualiti yang diaplikasikan dalam jurutera jalan dengan memberikan keutamaan tahap keselamatan yang maksimal kepada orang ramai dan pengguna.

solagan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN
Oleh: Dr Hj Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin

Wednesday, July 29, 2009

25 TAHUN MERDEKA...?


Alhamdulillah, semenjak 25 tahun negara kita (Brunei Darussalam) merdeka, kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT. Secara amnya kita tidak mengalami apa-apa mala-petaka besar dan apa jua dugaan telah dapat kita atasi dengan jayanya. Sepanjang 25 tahun tersebut kita telah dapat mengekalkan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran negara. Kehidupan rakyat keseluruhannya semakin bertambah baik dari sebelumnya. Walaupun ada ketikanya suasana politik antarabangsa tidak menggalakkan, namum kita masih dapat mempertahankan kedudukan kita sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat, aman dan makmur.

Kita hendaklah sedar bahawa sepanjang perjalanan 25 tahun kemerdekaan, negara kita seharusnya telah mencapai taraf negara membangun dan maju sebanding dengan negara-negara membangun dan maju dirantau ini. Ini kerana negara kita adalah sebuah negara yang kaya (hasil dari minyak dan gis), disamping kestabilan dan kemantapan politik, mempunyai dasar luar yang menyakinkan negara-negara serantau dan antarabangsa dalam bidang politik, ekonomi dan sebagainya serta mempunyai dasar hubungan yang baik dan kukuh diperingkat antarabangsa dan negara-negara sahabat dirantau ini serta negara-negar Teluk Islam (Arab).

Selain dari itu juga kita mempunyai segala sumber tenaga ‘professional’ yang terdiri daripada anak-anak Brunei saperti pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu (minyak dan gis dan lain2), para bijak pandai yang berkelulusan tinggi dalam bidang-bidang saperti sain politik, ekonomi, sosial, kedoktoran, undang-undang dan kehakiman, pendidikkan, pentadbiran, kejuruteraan dan sebagainya. Semua ini adalah berkat usaha yang gigih serta kebijaksanaan pemimpin negara kita sepanjamg 25 tahun merdeka telah berhasil mengadakan dasar luar negara yang terbaik dan sumber tenaga ‘professional’ yang mantap , dimana dihasratkan dan diharapkan bahawa kesemua sumber tenaga, masa, fikiran dan modal digunakan bagi mengerakkan negara kepada tahap pembangunan yang setaraf dengan negara-negara maju dan membangun dirantau ini dan antarabangsa.

Namun demikian, jika di lihat disekeliling kita, pembangunan yang dihasrat dan diharapkan belum lagi nampak, kita masih lagi mencari-cari atau baru saja nak bermula, wal-hal pemimpin negara sering bertitah dan mengingatkan betapa pentingnya ditingkatkan usaha dalam aspek pembangunan dan kemajuan serta memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi dan nilai-nilai kerohanian rakyat.

Saya percaya dan penuh yakin, pembangunan dan kemajuan boleh kita capai dalam tempuh 25 tahun tersebut, jika semua pihak serta tenaga- tenaga professional, mengambil prihatin dengan serius terhadap titah-titah berkenaan dengan penuh kejujuran, ketulusan dan perasaan bertangung-jawap yang mendalam terhadap bangsa, agama dan negara.

Apa yang dikesali tidak ada mana-mana pihak yang mahu memulakan untuk berusaha bagi ‘menganalisa’ maksud dan hasrat yang terkandung dalam setiap titah Baginda dalam bentuk forum atau seminar untuk tujuan memberikan pandangan-pandangan serta hujah-hujah yang bernas serta dijadikan satu ketetapan (resolusi) yang akan dibuat sampai ketahap kejayaannya. (kecuali forum dan seminar mengenai konsep MIB saja yang telah diadakan).

Sehubungan dengan perkara-perkara tersebut, suka saya mengambil perhatian dan menguna pakai perkataan ‘audit’, bukan maksud untuk memeriksa kira-kira (akaun) secara rasmi, akan tetapi menguna pakai bagi tujuan ‘mengaudit’ prestasi (performance) pekerjaan, mengaudit sistem, mengaudit waktu yang digunakan dalam perlaksanaan tugas dan tanggung-jawap masing-masing daripada peringkat Jemaah Menteri hinggalah kepada keseluruhan kakitanggan Kerajaan pada setiap bulan bagi tujuan sejauh mana pencapaian terhadap hasrat dan titah-titah berkenaan telah dilaksanakan. Justeru itu Kerajaan dan rakyat mesti berkerjasama sebagai satu pasukan untuk membawa negara ini kehadapan, maju dan berjaya.

“….apa yang Beta harapkan, negara kita mustahak mempunyai pasukan untuk membawanya kehadapan bukan berundur kebelakang,….Tiap-tiap orang perlu ghairah menyertainya, jangan ada yang berkecuali. …Kemerdekaan akan hampa jika kita hanya bersikap menonton tetapi disamping menonton, rakyat juga perlu sedar dan peka dengan apa yang terjadi di hadapan mereka…., Tegasnya, dalam kontak bernegara dan bermasyarakat, tidak siapa pun yang harus terlantar sendirian, melainkan semuanya itu mestilah mendapat layanan dan pembelaan yang saksama….” Petikkan Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-17 Tahun pada 23 Feburari 2001.

Justeru itu, dalam kontek membangun dan memajukan sosio-ekonomi dan nilai-nilai kerohanian rakyat, adalah amat penting bagi penggubal dasar dan pelaksana-pelaksana program Kerajaan berjiwa rakyat menepati kehendak dan keperluan negara dengan memperbaiki keupayaan jentera-jentera perancangan dan pelaksanaan program-program berkenaan saperti yang dititahkan dan dihasratkan oleh pemimpin negara kita.

InsyaAllah, dengan Izin serta Pertunjuk Allah SWT, saya akan cuba menganalisa dan membuat kajian terhadap semua Titah-Titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam untuk dikongsikan bersama.

solagan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN
Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin

Saturday, July 18, 2009

TITAH SERTA HASRAT SULTAN








Keberanian dan kebijaksanaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam menghadapi pelbagai cabaran sejak 25 tahun negara merdeka, bukanlah suatu perkara yang mudah, dengan berdasarkan perspektif jangka panjang, ciri kepimpinan yang diwarisi, keupayaan mempunyai ‘vision’ yang jauh dan jernih untuk memerangi liku-liku jalanan yang harus ditempuh pada hari-hari yang mendatang, adalah merupakan keutamaan Baginda untuk rakyat dan penduduk negara ini yang Baginda pimpin.

Sepanjang 25 tahun kebelakang hingg kini, dan dengan petunjuk serta rahmat Allah SWT, bermacam bagai dan bentuk titah telah dititahkan oleh Baginda, manum begitu sejauh mana kah perlaksananya telah tercapai oleh mereka-mereka yang secara langsung ditujukan dari titah-titah berkenaan.

Titah-titiah Baginda, adalah mencerminkan aspirasi dan cita-cita serta falsafah perjuangan Baginda yang jujur dan ikhlas demi untuk bangsa, agama dan negara, titah-titah tersebut banyak menyentuh perkara-perkara kepada dasar-dasar Kerajaan yang dalam proses perancangan dan perlaksanaan pembangunan negara, pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat, meningkatkan kefahaman dalam beragama, pembangunan industian kecil dan sedarhana, serta berusaha kearah untuk membasmi kemiskinan (fakir, miskin dan penanggung hutang algarimin), berusaha dalam menyiapkan jati diri serta meningkatkan usaha dalam menghadapi sebarang kemungkin bencana yang lebih besar dan hebat.

Justeru itu, setiap titah yang dititahkan mempunyai maksud tersendiri sama ada ianya berbentuk nesihat atau teguran yang ditujukan bukan saja untuk para jemaah menteri , pegawai-pegawai Kerajaan malah kepada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini, walau apa dan sesiapa pun mestilah menerima hakikat dengan hati yang terbuka dan professional.

Merujuk kepada titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, ketika berangkat ke majlis Mesyuarat Khas Bencana Kebangsaan baru-baru ini, kemurkaan Baginda jelas terpancar kepada Menteri-Menteri tertentu yang gagal melaksanakan sistem dan polisi Kerajaan dengan baik dan kurang sempurna, demikian juga Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan, dimana Baginda menyatakan berkerja seperti robot, tiada kepekaan membuat keputusan, tidak ada budi bicara langsung, semuanya harus menunggu arahan, walaupun dalam peraturan mereka ada mandat untuk membuat pertimbangan tertentu dan mengambil langkah munasabah lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan keselamatan dan kebajikan.

Persoalannya, apakah Menteri-Menteri yang berkenaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik, selaku penggubal dasar, mempunyai rasa tanggung-jawab yang mendalam untuk melakukan sesuatu yang menyangkut paut dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta sikap tanpa takut-takut, atau malu-malu dan ragu untuk bertindak, disamping memikirkan untuk mengkaji semula sistem-sistem dan peraturan-peratuaran yang boleh melembabkan dan menghalang kemajuan dan kejayaan sesuatu perancangan, secara teliti supaya ianya dapat diubah suai mengikut peredaran waktu yang sesuai dan tepat bagi negara ini.

"Beta percaya, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu saja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikan rakyat dan negara tanpa takut-takut, atau malu-malu dan ragu." - petikan Titah sempena Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan ke-5 Majlis Mesyuarat Negara pada 12 Mac 2009.
Konsep ‘kreatif’ yang diperkenalkan dan dihasratkan oleh Baginda, bagi menghasilkan apa-apa yang perlu dihasilkan, memperbaiki apa-apa yang perlu diperbaiki dan meningkatkan apa-apa jua yang perlu ditingkatkan, dengan menggunakan sumber dan mekanisme yang ada kerana dengan melalui konsep inilah negara membangun dan bersaing. Keistimewaan pembangunan itu dapat dinikmati apabila, kejayaan itu di letakkan di landasan yang betul, yang menjadikannya terselamat daripada dicemari oleh kerenah-kerenah negatif atau perlakuan-perlakuan curang. Kegagalan sesuatu perancangan dan pembangunan disebabkan jika terdapat sikap menjinaki rasuah, dimana akan timbul lah penyakit-penyakit sosial dan kemiskinan yang boleh menjejaskan negara. Jika rasuah benar-benar berlaku ini adalah satu amaran kepada semua yang berkenaan supaya jangan sekali-kali menjinaki rasuah.

Juateru itu jangan anggap ‘rasuah kecil’ tidak mengapa, tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit, seterusnya Baginda ingin menekankan supaya menutup pintu rapat-rapat kepada rasuah. Apabila kita bersih daripada rasuah, Allah pasti memberkati kita dan negara, Baginda juga berharap, strategi-strategi yang dirancang akan turut mengmbil kira perkara tersebut, Baginda tidak mahu, ianya cuma indah di atas kertas sahaja, sedang apabila mahu dilaksanakan, rupa-rupanya ‘jentera pelaksana’ itu sedang bermasalah atau sudah lama bermasalah.

Dalam hubungan ini, Menteri-Menteri yang berkenaan serta semua warga Perkhidmatan Awam turut memikul tanggungjawab bagi memastikan hasrat ini tercapai. Mereka tidak boleh lari dari memimpin dan memberikan kefahaman kepada rakyat tentang tanggungjawab ini. Dan sehubungan itu mereka juga mestilah menunjukkan contoh bahawa mereka adalah pengurus dan pentadbir yang betul-betul bersih. Manakala mereka itu bersih, bermakna kerajaan juga adalah bersih. Inilah yang diharapkan oleh semua kalangan untuk melindungi mereka daripada segala anasir yang tidak bertanggungjawab, khasnya anasir-anasir perasuah dan penerima rasuah.

Oleh kerana kestabilan, kemajuan dan kejayaan setiap perancangan Kerajaan dan negara, bergantung kepada kemajuan dan kestabilan rantau dan dunia, maka amatlah penting Kerajaan memperbaharui system-sistem dan peraturan-peraturan dengan menaja dan melaksanakan dasar-dasar pertahanan dan keselamatan didalam serta diluar negara dengan berhati-hati dan bijak.

Di samping memperkemas dan memuhasabah diri, hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan dunia juga mustahak dimantapkan. Ini penting untuk mengekalkan hubungan kerjasama di pelbagai bidang politik, sosial dan kebudayaan serta ekonomi.

solagan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN

Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin

Monday, July 13, 2009

DIRGAHAYU KEBAWAH DULI TUAN PATEK







Ampun Beribu-ampun,

Hamba Duli Tuan Patek bersama keluarga mengucapkan "Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-63" Kehadapan Majlis Kebawah Duli Tuan Patek.

Dengan iringan doa agar sentiasa mendapat 'Petunjuk' dan 'Rahmat' Allah SWT sebagai Kalifah memimpin serta menerajui Kerajaan, Rakyat dan Negara Brunei Darussalam. Amin....

Daripada:
Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin berserta keluarga, Kuala Belait.

Tuesday, July 7, 2009

ISU TOL JAMBATAN RASAU


Buat pertama kali sistem TOL berbayar diperkenalkan dinegara ini, semua orang tidak suka bayar TOL, dan ada juga yang kurang senang dengan perkara tersebut......Begitu lah hal nya pengguna-pengguna TOL JAMBATAN RASAU, Kuala Belait yang dikenakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Terdapat juga dikalangan masyarakat dan pengguna TOL Jambatan Rasau berkenaan menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap bayaran tersebut, kerana sering berlaku nya ketidak adilan dalam mengendalikan pengutipan bayaran TOL tersebut, TETAPI walau bagaimana pun semua harus menerima HAKIKAT, sama ada suka atau tidak senang.....TOL TETAP BAYAR.

Jika dikaji secara teliti sistem tersebut adalah bertujuan untuk mengutip bayaran dari setiap pengguna laluan Tol berkenan dan disamping memberikan kemudahan laluan mudah kepada setiap pengguna dan penduduk Kampong Sungai Teraban untuk menyeberangi Sungai Belait mengunakan Tol Jambatan Rasau, Kuala Belait.

Kini Tol Jambatan Rasau sudah hampir berusia lebih 10 tahun, dan dipercayai kutipan setiap bulan amat menguntungkan kepada pendapatan Kerajaan. Namun demikian, terdegar suara-suara dari pihak penduduk Kampong berkenaan dan pihak pengguna laluan Tol tersebut, berharap dengan hasil kutipan selama lebih dari 10 tahun itu dapat digunakan untuk diperuntukkan dan dibelanjakan bagi tujuan menaikkan taraf jalanraya yang sedia ada, pemasangan tiang lampu dan lampu sepanjang jalan menuju kekawasan Kawalan Pos Sungai Tujuh, Kuala Belait, Perkara-perkara tersebut juga adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan kawasan-kawasan berkenaan dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Terdapat juga ramai mencadangkan supaya pihak Kerajaan memberikan pertimbangan sewajarnya supaya kedudukkan Tol Jambatan Rasau dipindah kesatu kawasan yang lebih tepat bagi mengelakkan kekeliruan yang sering menimbulkan kontroversi dikalangan para pengguna dan penduduk kampong berkenaan.


Ramai orang percaya dan yakin, dengan meletakkan kawasan TOL ditempat yang tepat dan betul, ianya akan mendatapat kutipan yang lebih baik, dan ianya juga merupakan satu pertanda baik untuk pendapatan hasil negara.

Apa pun sistem yang diperkenalkan, ianya adalah mengutamakan kebaikkan dan kesejehteraan rakyat dan penduduk negara ini.

Wednesday, June 24, 2009

AHLI YANG BERHORMAT


Mendapat gelaran “Ahli Yang Berhormat” memang mengembirakan dan menyeronokan bagi mereka yang menerimanya, sama ada mereka tahu atau faham akan fungsi dan tugas menjadi Ahli Yang Berhormat (YB), itu menjadi perkara kedua atau ketiga….yang paling utama adalah gelaran “YB”.

Dinegara- negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan berparlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat dipilih oleh rakyat melalui kotak-kotak undi, mereka yang menang dan berjaya akan dilantik menjadi “YB” dengan tugas dan bertanggung-jawab untuk melaksanakan program-program kerajaan yang akan, sedang dan sedia ada untuk dilaksanakan bagi kepentingan rakyat dan dalam pada waktu yang sama mengotakan janji-janji yang telah ditaburkan semasa berkempen dikawasan yang diwakili.

Berbeza dengan sistem yang ada dinegara kita, Alhamdullilah..., dinegara ini, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik, tidak perlu berbelanja banyak wang untuk berkempen, tidak perlu untuk menabur atau membuat janji kepada rakyat, tidak perlu untuk menjadi ahli mana-mana organasasi, tidak perlu punya ilmu pengetahuan yang luas, tidak perlu menjadi pidato yang hebat, tidak perlu turun padang ketempat dan kawasan yang diwakili dan paling unik nya terdapat AYB dilantik dikalangan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong, selain dari kalangan ahli-ahli perniagaan dan sebagainya, begitulah kehendak acuan dan bentuk sistem kita yang ada…sungguh hebat.

Walau bagaimana pun, rakyat negara ini tetap menerima hakikat tersebut tanpa dapat berbuat apa-apa atau tindakan, disamping mengharapkan YB –YB yang dilantik memainkan peranan sebagai “Wakil Rakyat” dalam ertikata yang sebenarnya dan sering menemui serta mesra dengan rakyat didaerah dan kawasan yang diwakili, , mengusulkan serta membawa isu-isu bukan saja mengenai masaalah yang dihadapi oleh rakyat dan masyarakat, akan tetapi pembaharuan dan pembangunan dalam segala aspek dan bidang ditempat dan kawasan yang diwakili.

Harapan rakyat dan masyarakat amatlah besar terhadap AYB, dan mengharapkan Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku penggubal dasar dan undang-undang serta dipertanggung-jawab untuk menentukan hala tuju masa depan rakyat, kerajaan dan negara, harus membuat kajian yang terperinci terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, peraturan-peraturan, undang-undang dan perintah-perintah darurat yang mana dianggap sudah lapok dan tidak lagi sesuai pada masa ini untuk di guna pakai dan berani untuk membawa serta membentangkan usul-usul tersebut untuk diperbahaskan dan diluluskan didalam Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi tujuan pindaan dan dijadikan rang undang-undang, sebagai contoh yang kecil saperti Perintah Darurat Hiburan Awam, Perintah Darurat Halal dan Haram serta banyak lagi peraturan-peraturan, undang-undang dan perintah-perintah darurat yang harus diperbaiki dan dibahaskan untuk diluluskan bagi dijadikan rang undang-undang dan mempunyai Aktanya tersendiri.

Tahun 2009 adalah merupakan yang ke5 tahun buat Ahli-ahli Yang Berhormat bergelar “YB”, Persoalan nya, semasa dalam tempoh tersebut apakah pencapaian yang cermelang telah dicapai untuk kepenting rakyat?, apakah acuan dan sistem ini akan berlanjutkan sehingga 25 tahun yang akan datang?, dan apa perlu dilakukan untuk memperbaikinya?.



"Beta percaya, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu saja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikan rakyat dan negara tanpa takut-takut, atau malu-malu dan ragu." - petikan Titah sempena Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan ke-5 Majlis Mesyuarat Negara pada 12 Mac 2009


Olih: Dr Haji Mohd Hatta B Haji Zainal Abidin

Thursday, June 11, 2009

DASAR PERLEMBAGAAN NEGARA


Perlembagaan adalah merupakan satu alat yang menggariskan tindakan-tindakan yang sah dari segi undang-undang. Begitu juga isi kandungan dalam Perlembagaan tersebut merupakan dokumen asas satu-satu mesyarakat yang bertemadun, pada umumnya perlembagaan merupakan satu kumpulan peraturan yang secara langsung atau tidak mengakibatkan pengagihan bagi kedaulatan kuasa dalam negara dimana ianya juga merupakan satu-satu yang mengesahkan kebebasan ahli sesuatu mesyarakat.

Perlembagaan adalah undang-undang, setiap negara perlu ada undang-undang dan dasar yang dianggap tertinggi (supreme) dimana ianya menjadi garis panduan kepada rakyat, perlembagaan juga menghadkan kuasa kerajaan dari masa kemasa dan akan diubahsuai jika ada keperluan, segala pindaan dalam perlembagaan dianggap sebagai undang-undang dan dasar yang menpunyi matalamatnya, dan ianya menetapkan tingkah laku badan-badan kerajaan, rakyat, penduduk dan sebagainya.

Bercakap tentang Dasar Perlembagaan negara, tidak dapat dinapikan bahawa ianya perlu diperbaiki dan diubahsuai mengikut peredaran zaman, sebarang pembaharuan dan pengubahsuaian keatas isi kandungan dasar tersebut perlu dibuat kajian yang serius serta teliti dengan mengambil kira keadaan waktu masa kini dan masa yang akan datang agar setiap pembaharuan serta tujuan dan matalamat dasar tersebut dapat dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk negara ini.

Salah satu penyusunan semula dan pengubahsuaian perlembagan Negara 1959 yang dianggap lebih baik dan sempurna, ialah pengisytiharan Konsep Negara “ Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah subhanahu wa taala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahlisunnah Wal-Jemaah …” oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 adalah merupakan satu hadiah yang amat berharga dan tinggi nilainya bagi seluruh lapisan rakyat dan penduduk dinegara ini.Pada umumnya konsep tersebut merupakan sebahagian dari isi kandungan dasar perlembagaan negara ianya telah diterima baik oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk negara ini, walau bagaimana pun terdapat sebahagian besar dari rakyat dan penduduk negara ini belum memahaminya sepenuhnya pengertian konsep MIB tersebut. Usaha Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja (MTKMIB) untuk menggubal satu takrif yang lebih konkrit dengan mengambil satu rumusan bersama dan bersetuju bahawa MIB itu dibahagikan kepada tiga (3) unsur komponen penting atau integral yang memperakukan Melayu , Islam dan Beraja (dengan huraian khusus ketiga-tiga komponen tersebut) dianggap belum lagi cukup berkesan dan mencapai kematalamatnya yang diharapkan.

Saperti yang disebutkan, konsep MIB adalah sebagian dari dasar perlembagaan negara, maka tiga (3) unsur komponen yang lain selepas Melayu Islam Beraja saperti yang diutamakan oleh MTKMIB harus juga dilibatkan dan digandingkan, ini kerana tiga unsur tersebut merupakan kembaran kepada MIB dan juga sebahagian dari dasar perlembagan. Tiga unsur yang dimaksudkan adalah Merdeka, Berdaulat dan Demokratik.

Setiap dasar dalam perlembagaan yang digubal ianya ada mempunyai tujuan dan matalamatnya, begitu juga dengan konsep MIB harus menjurus kematalamatnya, justeru itu gandingan Melayu Islam Beraja dengan kembarannya Merdeka, Berdaulat dan Demokratik mesti diberikan kefahaman secara meluas dan tulus kepada rakyat dan penduduk negara ini supaya perasaan ‘a sense of duty’ (rasa tanggung jawab, kesedaran dan keinsafan) akan sentiasa wujud dijiwa rakyat.

Selain dari itu dalam usahakan dan perancangan untuk memperbaiki dan menggubahsuai dasar yang sedia ada, saperti aspek-aspek untuk mencapai kestabilan, keamanan dan keselamatan, tujuan dan matalamat seterusnya harus difokuskan dengan mengambil kira kepada aspek-aspek bagi menonjolkan identity kedaulatan keBruneian (kemalayuan) yang merdeka serta demokratik dalam berbagai bidang perekonomian, perdagangan, pendidikan serta kebudayaan dan politik dangan mengujudkan dan masukkan dalam dasar dan matalamatnya ‘a sense of belonging’ (perasaan hak milik), ‘a sense of value’ (perasaan satu penghargaan nilai) dan ‘a sense of duty’ (perasaan tanggung-jawab, kesedaraan dan keinsafan) kepada Bangsa, Negara dan Agama sebagai satu ciri kehidupan rakyat, dimana semua kumpulan mesyarakat menikmati faedah akibat pembaharuan dan penggubahsuaian dasar tersebut, disamping itu juga amat penting bagi penggubal dasar dan perlaksana program pembaharuan tersebut berjiwa rakyat bagi menepati kehendak dan matalamat dasar tersebut serta keperluan negara.

salogan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN

Oleh Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin.

MELAYU HARUS SEDAR DAN BERUBAH SIKAP


Ramai orang mengatakan Negara Brunei Darussalam, sebuah negara yang bertanah subur, memang tidak dapat dinafikan bila kita sendiri melihat akan keadaan hutannya yang hijau sepanjang tahun, tambahan lagi dengan hasil minyak dan gas asli yang terdapat di Daerah Belait.Keadaan di ibu Negara, Bandar Seri Begawan telalu sesak dengan pembangunan-pembangunan kerajaan dan swasta serta kesibukkan dengan kenderaan yang berbagai jenis.

Tetapi berlainan pula dengan keadaan didesa dan kampung, sepi dengan rumah-rumah dibina berkelompok-kelompok di sana sini. Tidak saperti si Bandar, keadaan di desa dan kampung tidak sesak dan masih terdapat penuh dengan hutan rimba, walaupun ada jalanraya kecil yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan penduduk-penduduk desa dan kampong pergi dan balik ke Bandar bagi membeli belah, berkerja atau menjual hasil tanaman mereka.Walaupaun Negara kita sudah merdeka sejak 25 tahun yang lalu, tetapi penduduk dan masyarakat melayu kita masih lagi belum banyak berubah dalam berbagai segi terutamanya di bidang ekonomi dan politik, tidak melampau kalau dikatakan ramai masyarakat melayu Brunei yang masih miskin, namun ada pula setengahnya sudah boleh di gelar jutawan, tetapi tidak dalam ertikata yang sebenarnya.


Oleh itu bolehlah dikatakan kemerdekaan kepada masyarakat melayu dinegara ini belum bererti dan memberikan fungsi yang sebenar dan sepatutnya.Negara kita telah dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dan setiap tahun peruntukan bujetnya makin bertambah bagi perbelanjaan pentadbiran dan projek-projek kerajaan dalam pembangunan Negara dan masyarakat dari setahun kesetahun. Kalau diteliti, apakah perlu dengan tambahan yang begitu besar?...tentulah kita perlu bertanya dan siapa yang boleh menjawapnya…tetapi kalau rajin membuat penyelidikan, sudah tentu boleh kita mendapat jawapannya dengan amat senang. Walaupun Negara kita sudah merdeka, tetapi cara hidup dan cara berfikir masyarakat melayu di negara ini tidak berubah, bahkan mereka masih jauh merosot daripada apa yang sepatutnya di segi sosio-ekonomi dan politik.


Cuba kita perhatikan, sekarang masayarakat melayu di negara ini tidak lagi berminat untuk mencari nafkah dengan bercucuk tanam, bersawah atau berternak saperti lazimnya dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu, pada hal pihak kerajaan telah banyak berusaha memberikan berbagai kemudahan dan khurusus dalam bidang tersebut, tetapi yang kita lihat lebih masyarakat melayu suka dan gemar berkerja di pejabat-pejabat kerajaan dan pihak swasta dan ada juga terdapat masih suka memilih sangat tentang perkerjaan hingga sanggup menjadi penganggur bertahun-tahun tanpa sebarang dayausaha, sedangkan peluang-peluang bagi mereka sentiasa terbuka luas di negara ini.Terdapat juga sebahagian masyarakat melayu kita, semengat bekerja mereka makin merosot dan satu cara hidup baru yang amat negative pula yang wujud. Masyarakat melayu kita tidak lagi mempunyai sifat mahu bekerja, sedar diri dan berjiwa nasionalis, malah mereka khayal dengan kemewahan yang belum pasti mereka perolehi sepenuhnya. Inilah mentality yang terpupuk dalam masyarakat melayu sejak dahulu hinggalah sekarang, kelemahan mentaliti mesyarakat melayu memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya bekas peninggalan bangsa-bangsa asing.Dalam negara kita, cara bekerja untuk mencari nafkah hidup ada beberapa cara, saperti makan gaji, berniaga, menjadi nelayan atau petani, di antaranya yang diminati, adalah cara bekerja makan gaji lah yang dianggap bertaraf palaing sesuai dan senang kalau dibandingkan dengan cara berniaga, atau menjadi nelayan dan petani.
Sebahagian mesyarakat melayu kita memandang tangga gaji yang tetap dan tinggi serta lumayan disamping kemudahan-kemudahan yang yang disediakan dan diberikan kepada mereka.Harus disedari cara berfikir saperti begini amatlah merugikan bangsa dan negara, masyarakat melayu kita di negara ini senghaja melupakan bidang-bidang yang sebenarnya boleh memajukan mereka, boleh mengkayakan dan boleh membangunkan sosio-ekonomi bangsa melayu itu sendiri, sedangkan apa yang di anggap baik itu sedikit pun tidak menaikkan taraf kehidupan mereka kecuali hanya menjadi satu kemegahan dan khayalan yang kosong serta merugikan, melemahkan dan mencelakakan diri sendiri, bangsa dan seterusnya negara menjadi lemah dalam memajukan atau membagunkan berbagai bidang tertentu kerana kurang penglibatan masyarakat melayu di negara ini.Tren atau sikap masyarakat melayu kita selama ini berfikir mengikut telinga dan tidak menggunakan otak, apa yang sedap di dengar dengan telinga, sedaplah di otak dan cepat percaya dan seterusnya diamalkan. Biarlah keterlaluan dikatakan masyarakat melayu kita selama ini tidak menggunakan otak dan tidak menggunakan kewarasaan serta hidup dalam merana, khayal dan ketinggalan, sikap suka meminta-minta sudah pun menjadi cara hidup dalam setengah masyarakat melayu di negara ini.Justeru itu masyarakat melayu Brunei ,mestilah megubah sikap dari saat pertama mereka faham apa erti kemerdekaan, salah satu daripada sikap yang suka meniru orang lain.


By Dr Hj Mohd Hatta B Hj Zainal Abidin

BRUNEI ISLAMIC CHAMBER OF COMMERCE




Brunei Darussalam should now establish Islamic Chamber of Commerce to serve and strengthen the unite among the Malay business people in the country which is based on the concept of Melayu Islam Beraja.I had attended the international business convention overseas with the Islamic Chamber of Commerce, Industry & Commodity Exchange (ICCICE), where the ICCICE had pointed out the role of the organization is promoting the economic cooperation and industry integration among the Islamic business people of the OIC member states.


The industrial cooperation has been an integral part of cooperation efforts of the member states which aims at strengthening economic cooperation and accorded priority to the promotion of joint venture in various areas including food and agriculture, trade, industry and marketing.It initiated the process of promoting joint ventures among the O.I.C.. members states, whereby the Islamic Development Bank together with the Islamic Chamber of Commerce (ICCICE) would play a catalytic role in such a mechanism.Through the investment Co-operative Programme, the Islamic Chamber of Commerce seeks to render promotional, advisory information and other services to the member states.


These services are provided by promoting, encouraging, facilitating increased trade and investment Promotion Meetings. The Islamic Chamber of Commerce & Industry provides information on the project sponsors in Less Develop Countries and potential partners in Advance Developed Country and creates a framework of contract between them..The Islamic Chamber of Commerce & Industry was initiated and formed among the influence Arabs business people in Saudi Arabia and other Arab business people in the O.I.C. member states.The Headquarters of the Islamic Chamber of Commerce & Industry is based in Pakistan.The forming of the Brunei Islamic Chamber of Commerce & Industry in the country will help the Brunei Malay businessmen become the member of ICCICE and could participate in the investment Co-operative Programme, trade meetings (import/export) and establish joint venture among the Arab business people from the Arab member states.



By Dr Hj Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin

REDUCE LOCAL UNEMPLOYEMENT


Rising unemployment among the local population has alarmed the public which urged relevant authority to start looking at local talents and capabilities as their sources of workforces, and urged local industries to review their option and start employ local as “it is their social obligation to play a role in reducing rising and continuous unemployment amongst the local people. He specifically mentioned hospitality, manufacturing and retail industries such as garment factories and supermarkets as sources of employment for the unemployed locals and these sectors must review their policies and start employing locals.

The unemployment situation here remains a considerable concern and unless SME and private companies review their policies the growth of new unemployment opportunities in the public sectors is not sufficient to absorb school dropouts, university graduates and new entrants to the local market. It is the duty of the industries to provide training to absorb local people into their workforces, these industries should be able to absorb the unemployed local as they need large workforces, currently being filled up by foreign workers.In a research conducted, some 70 to 85% of foreign workers had been engaged to work in hotels, garment factories, supermarkets and private companies. Unemployment is estimated above 6000 and is expected to increase annually and would burden the nation if not rectified.

The reasons such as the local have been very selective and would not work for lower salaries and not to work extra and longer times should not be capitalized by the industries and private companies but most importantly those industries and private companies must show responsibilities by providing incentives, training and guidance as well as opportunities to be able to attract local workforces.I hope that the relevant authorities can implement and make compulsory a quota system for relevant sectors and these industries must employ a certain number of locals before they are permitted to employ foreign workers.With such system I do believe the national unemployment problems could be handle if not solved. I urged the relevant agency not to allow for the renewal of foreign works term contract so that the vacancies could be filled up by locals. Similarly retiring civil servants should not be allowed to continue their services so unemployed local could fill up the vacancies.There are solutions for every issue if all relevant parties sit down to discuss the matters.


By Dr Hj Mohd Hatta B Hj Zainal Abidin

BUSINESS PEOPLE SHOULD PUT ASIDE DIFFERENCES


CHAMBERS of commerce, business associations and businessmen should put aside differences and find ways to solve disputes and unhealthy competition among the Malay, local and non local businessmen & businesswomen, and urge the business people in the country to solve the differences which hinder future cooperation and relation.They should seek negotiate solutions and not let the differences which cannot be settled stand in the way of the future unity and cooperation.


Number of SME s are now out of business and loafing at the coffee shops, due to the unhealthy competition and differences among themselves..Although the Government had made every effort to encourage Malay local businessmen and businesswomen to take the opportunity by participating in government projects and national development programme, the business leaders should think positively and act wisely by working closely, and giving a clear picture and correct information on the current business activities and potential markets to help their associations members



.By Dr Hj Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin

Wednesday, June 10, 2009

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA



Kebelakangan ini kita sering mendengar akan seruan demi seruan agar Bahasa Melayu di gunakan dalam segala perhubungan resmi di Negara ini sama ada di pihak kerajaan atau di pihak swasta dan orang ramai.

Usaha dan seruan yang di buat oleh Dewan Bahasa dan Perpustakan yang di pertanggung-jawapkan untuk mendaulatkan bahasa melayu seharusnya tidak boleh di anggap remeh temeh atau ringgan oleh semua pihak, malah ianya merupakan satu kewajipan yang mesti di laksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat di Negara ini bagi mendaulatkan dan menghormati Bahasa Melayu itu sendiri.



Kita semua sudah sedia maklum bahawa Bahasa Melayu ada lah Bahasa Resmi Negara ini yang telah di maktubkan dan di tetapkan dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang bertulis 1959 sebagai bahasa penghantar dan perhubungan resmi bagi setiap jabatan-jabatan kerajaan dan juga pihak swasta.
Tidak ada ertinya, kalau kita hanya menghayati konsep Negara iaitu Melayu Islam Beraja yang Berdaulat, Merdeka dan Demokratik, jika sekiranya pada waktu yang sama bahasa resmi kita iaitu Bahasa Melayu di ketepikan dan tidak di daulatkan oleh lapisan masyarakat kita sendiri, yang mana suka mendewakan bahasa asing seolah olah bahasa asing itu lebih memberi pengertian kepada kehidupan seharian.



Kita boleh bercontoh denagn beberapa buah Negara yang telah lebih jauh maju saperti Negara Jepun yang mana telah lama maju di semua peringkat dan bidang terutamanya dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi, ini kerana seluruh lapisan masyarakat Jepun bersungguh-sungguh mempertahankan dan memperdaulatkan bahasa mereka dalam semua aspek saperti pendidikan, pentadbiran, social dan budaya, ekonomi dan politik, begitu juga dengan Negara-negara jiran kita saperti Republik Indonesia dan Thailand. Bukannya perkara atau usaha mustahil bagi kita, jika ada kesungguhan dari semua pihak dan masyarakat kita mahu melaksanakannya demi mendaulatkan bahsa melayu kita, apa yang penting kita harus mahu dan berani mengugah sikap dan mental kita kearah tersebut.


Masih juga terdapat beberapa dokumen-dokumen kontrak yang di kendalikan oleh sebahagian dari jabatan-jabatan kerajaan mengunakan bahasa bukan bahasa melayu, sabagai contoh “Borang kontrak pekerja asing” masih digunakan dalam bahasa inggeris, jika kita buat kajian rata-rata pekerja asing yang berkerja di Negara ini datangnya dari Negara-negara Asean, India dan Bangladesh yang mana majority nya kurang faham dalam bahasa inggeris. Contoh yang lain iaitu dokumen-dokumen bagi tawaran-tawaran kontrak masih lagi mengunakan bahasa inggeris.


Sehubungan dengan itu usaha murni Dewan Bahasa dan Perpustakan menyeru semua pihak mengutamakan Bahasa Melayu haruslah di beri sokongan padu serta kerjasama oleh seluruh lapisan masyarakat demi memperdaulatkan Bahasa Melayu saperti kita juga menghayati konsep MIB.


Tidak di nafikan bahawa menguasai bahasa lain selain dari bahasa melayu itu tidak juga kurang pentingnya dalam bidang-bidang tertentu saperti perhubungan luar dan bidang perekonomian. Kita boleh memperlajari lebih dari satu bahasa bagi tujuan tersebut saperti Bahasa Inggeris di jadikan bahasa perhubungan dalam semuah bidang manakala Bahasa Cina di jadikan bahasa perekonomian.


Justeru itu usaha kearah memperdaulat Bangsa, Bahasa dan Agama adalah tanggung-jawab seluruh masyarakat melayu di negara ini.


Pepatah melayu mengatakan “Bahasa Menunjukkan Bangsa”, maka kalau bukan kita selaku bangsa melayu Brunei sendiri yang memperdaulatkan bahasa kita, siap lagi yang kita harapkan? TEPUK DADA TANYA SELERA.


Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin