Kebelakangan ini kita sering mendengar akan seruan demi seruan agar Bahasa Melayu di gunakan dalam segala perhubungan resmi di Negara ini sama ada di pihak kerajaan atau di pihak swasta dan orang ramai.
Usaha dan seruan yang di buat oleh Dewan Bahasa dan Perpustakan yang di pertanggung-jawapkan untuk mendaulatkan bahasa melayu seharusnya tidak boleh di anggap remeh temeh atau ringgan oleh semua pihak, malah ianya merupakan satu kewajipan yang mesti di laksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat di Negara ini bagi mendaulatkan dan menghormati Bahasa Melayu itu sendiri.
Kita semua sudah sedia maklum bahawa Bahasa Melayu ada lah Bahasa Resmi Negara ini yang telah di maktubkan dan di tetapkan dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang bertulis 1959 sebagai bahasa penghantar dan perhubungan resmi bagi setiap jabatan-jabatan kerajaan dan juga pihak swasta.
Tidak ada ertinya, kalau kita hanya menghayati konsep Negara iaitu Melayu Islam Beraja yang Berdaulat, Merdeka dan Demokratik, jika sekiranya pada waktu yang sama bahasa resmi kita iaitu Bahasa Melayu di ketepikan dan tidak di daulatkan oleh lapisan masyarakat kita sendiri, yang mana suka mendewakan bahasa asing seolah olah bahasa asing itu lebih memberi pengertian kepada kehidupan seharian.
Kita boleh bercontoh denagn beberapa buah Negara yang telah lebih jauh maju saperti Negara Jepun yang mana telah lama maju di semua peringkat dan bidang terutamanya dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi, ini kerana seluruh lapisan masyarakat Jepun bersungguh-sungguh mempertahankan dan memperdaulatkan bahasa mereka dalam semua aspek saperti pendidikan, pentadbiran, social dan budaya, ekonomi dan politik, begitu juga dengan Negara-negara jiran kita saperti Republik Indonesia dan Thailand. Bukannya perkara atau usaha mustahil bagi kita, jika ada kesungguhan dari semua pihak dan masyarakat kita mahu melaksanakannya demi mendaulatkan bahsa melayu kita, apa yang penting kita harus mahu dan berani mengugah sikap dan mental kita kearah tersebut.
Masih juga terdapat beberapa dokumen-dokumen kontrak yang di kendalikan oleh sebahagian dari jabatan-jabatan kerajaan mengunakan bahasa bukan bahasa melayu, sabagai contoh “Borang kontrak pekerja asing” masih digunakan dalam bahasa inggeris, jika kita buat kajian rata-rata pekerja asing yang berkerja di Negara ini datangnya dari Negara-negara Asean, India dan Bangladesh yang mana majority nya kurang faham dalam bahasa inggeris. Contoh yang lain iaitu dokumen-dokumen bagi tawaran-tawaran kontrak masih lagi mengunakan bahasa inggeris.
Sehubungan dengan itu usaha murni Dewan Bahasa dan Perpustakan menyeru semua pihak mengutamakan Bahasa Melayu haruslah di beri sokongan padu serta kerjasama oleh seluruh lapisan masyarakat demi memperdaulatkan Bahasa Melayu saperti kita juga menghayati konsep MIB.
Tidak di nafikan bahawa menguasai bahasa lain selain dari bahasa melayu itu tidak juga kurang pentingnya dalam bidang-bidang tertentu saperti perhubungan luar dan bidang perekonomian. Kita boleh memperlajari lebih dari satu bahasa bagi tujuan tersebut saperti Bahasa Inggeris di jadikan bahasa perhubungan dalam semuah bidang manakala Bahasa Cina di jadikan bahasa perekonomian.
Justeru itu usaha kearah memperdaulat Bangsa, Bahasa dan Agama adalah tanggung-jawab seluruh masyarakat melayu di negara ini.
Pepatah melayu mengatakan “Bahasa Menunjukkan Bangsa”, maka kalau bukan kita selaku bangsa melayu Brunei sendiri yang memperdaulatkan bahasa kita, siap lagi yang kita harapkan? TEPUK DADA TANYA SELERA.
Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin
No comments:
Post a Comment