Saturday, October 10, 2009

RASUAH SEMAKIN BERLELUASA





RASUAH - Jalan Kehancuran Masyarakat dan Negara

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya, sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia, perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi amalan biasa.

Apa–apa pun amalan biasa terutama yang buruk, seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras. Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat, bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia.

Negara kita, Brunei Darussalam juga tidak terkecuali dalam fenomena ini, walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan, terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat.

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis–habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara, penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika kerajaan sedang rancak mencanang program pembangunan dan perekonomian SME yang bertujuan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara maju.

Gejala dan amalan rasuah akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran dan perundangan negara ini. Rasuah juga menyebabkan seseorang menjual prinsip, maruah dan harga diri. Masyarakat yang me mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Dewasa ini gejala rasuah menjadi topik perbincangan masyarakat dinegara ini, isu yang melibatkan beberapa orang pekerja disebuah syarikat ternama tempatan menjadi bahan perbincangan yang hangat diperkatakan, walaupun isu berkenaan bukan lagi merupakan satu kejutan, tetapi sudah menjadi asam garam dalam kehidupan masyarakat. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita penangkapan, dakwaan dan juga hukuman ke atas pesalah rasuah, dari sekecil-kecil kes hinggalah ke kes yang melibatkan personaliti yang berprofil tinggi. Namum demikian sipemberi dan sipenerima rasuah tetap juga melakukan kegiatan tersebut dari masa kemasa.

Punca rasuah yang dikenalpasti adalah saperti:
* Pemusatan kuasa, terutama dari kalangan para pemegang kuasa,
* Kurang ketulusan dalam urusan pentadbiran kerajaan atau syarikat,
* Projek mega yang menglibatkan penggunaan wang yang banyak atau berlebihan,
* Kelemahan sistem perlaksana,
* Gaji yang tidak mencukupi disebabkan kos kehidupan yang kian meningkat,
* Banyak hutang peribadi

Apabila sumber-sumber ekonomi seperti tender-tender dimonopoli oleh sekelompok pihak yang mampu memberikan ‘sogokan’ yang paling lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam melaksanakan tugas. Akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah, disebabkan hasil kerja buruk oleh syarikat yang mendapatkan tender projek-projek yang selalunya bukanlah syarikat yang terbaik untuk projek-projek tersebut, maka kehancuran terhadap projek berkenaan pasti akan berlaku.

Rasuah yang dilakukan melalui ‘kuasa politik’ dan ‘orang dalam’ di jabatan-jabatan berkaitan yang berkuasa membuat keputusan adalah perkara biasa. Di samping itu, ada syarikat-syarikat tertentu meletakkan nama ‘orang-orang besar’ dan ‘berpengaruh’ dalam syarikat mereka agar kehendak mereka dapat tercapai dengan mudah. Telah sering kedengaran keluhan syarikat-syarikat kontraktor tulen yang benar-benar mampu melaksanakan kerja tanpa perlu sub kepada syarikat lain, menceritakan nasib mereka yang seringkali gagal mendapat projek kerana ketiadaan jaringan atau pengaruh kuat melobi sama ada melalui kuasa politik atau kuasa wang ringgit.
Persoalannya sekarang adalah kewajiban menukar sistem kufur Kapitalis ini dengan sistem Islam yang datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Menurut kenyataan Pejabat Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, telah memberikan beberapa garis pandu mengenai cara yang terbaik bagi membanteras atau mengurangkan gejala rasuah daripada berleluasa diantaranya:

* Menyebarkan kefahaman terhadap Islam kepada masyarakat,
* Membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa,
*Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur dan bertanggung- jawab
* Membersih jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam.

Sologan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN


oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin

No comments: