Wednesday, June 24, 2009

AHLI YANG BERHORMAT


Mendapat gelaran “Ahli Yang Berhormat” memang mengembirakan dan menyeronokan bagi mereka yang menerimanya, sama ada mereka tahu atau faham akan fungsi dan tugas menjadi Ahli Yang Berhormat (YB), itu menjadi perkara kedua atau ketiga….yang paling utama adalah gelaran “YB”.

Dinegara- negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan berparlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat dipilih oleh rakyat melalui kotak-kotak undi, mereka yang menang dan berjaya akan dilantik menjadi “YB” dengan tugas dan bertanggung-jawab untuk melaksanakan program-program kerajaan yang akan, sedang dan sedia ada untuk dilaksanakan bagi kepentingan rakyat dan dalam pada waktu yang sama mengotakan janji-janji yang telah ditaburkan semasa berkempen dikawasan yang diwakili.

Berbeza dengan sistem yang ada dinegara kita, Alhamdullilah..., dinegara ini, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik, tidak perlu berbelanja banyak wang untuk berkempen, tidak perlu untuk menabur atau membuat janji kepada rakyat, tidak perlu untuk menjadi ahli mana-mana organasasi, tidak perlu punya ilmu pengetahuan yang luas, tidak perlu menjadi pidato yang hebat, tidak perlu turun padang ketempat dan kawasan yang diwakili dan paling unik nya terdapat AYB dilantik dikalangan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong, selain dari kalangan ahli-ahli perniagaan dan sebagainya, begitulah kehendak acuan dan bentuk sistem kita yang ada…sungguh hebat.

Walau bagaimana pun, rakyat negara ini tetap menerima hakikat tersebut tanpa dapat berbuat apa-apa atau tindakan, disamping mengharapkan YB –YB yang dilantik memainkan peranan sebagai “Wakil Rakyat” dalam ertikata yang sebenarnya dan sering menemui serta mesra dengan rakyat didaerah dan kawasan yang diwakili, , mengusulkan serta membawa isu-isu bukan saja mengenai masaalah yang dihadapi oleh rakyat dan masyarakat, akan tetapi pembaharuan dan pembangunan dalam segala aspek dan bidang ditempat dan kawasan yang diwakili.

Harapan rakyat dan masyarakat amatlah besar terhadap AYB, dan mengharapkan Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku penggubal dasar dan undang-undang serta dipertanggung-jawab untuk menentukan hala tuju masa depan rakyat, kerajaan dan negara, harus membuat kajian yang terperinci terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, peraturan-peraturan, undang-undang dan perintah-perintah darurat yang mana dianggap sudah lapok dan tidak lagi sesuai pada masa ini untuk di guna pakai dan berani untuk membawa serta membentangkan usul-usul tersebut untuk diperbahaskan dan diluluskan didalam Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi tujuan pindaan dan dijadikan rang undang-undang, sebagai contoh yang kecil saperti Perintah Darurat Hiburan Awam, Perintah Darurat Halal dan Haram serta banyak lagi peraturan-peraturan, undang-undang dan perintah-perintah darurat yang harus diperbaiki dan dibahaskan untuk diluluskan bagi dijadikan rang undang-undang dan mempunyai Aktanya tersendiri.

Tahun 2009 adalah merupakan yang ke5 tahun buat Ahli-ahli Yang Berhormat bergelar “YB”, Persoalan nya, semasa dalam tempoh tersebut apakah pencapaian yang cermelang telah dicapai untuk kepenting rakyat?, apakah acuan dan sistem ini akan berlanjutkan sehingga 25 tahun yang akan datang?, dan apa perlu dilakukan untuk memperbaikinya?.



"Beta percaya, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu saja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikan rakyat dan negara tanpa takut-takut, atau malu-malu dan ragu." - petikan Titah sempena Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan ke-5 Majlis Mesyuarat Negara pada 12 Mac 2009


Olih: Dr Haji Mohd Hatta B Haji Zainal Abidin