Saturday, July 18, 2009

TITAH SERTA HASRAT SULTAN








Keberanian dan kebijaksanaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam menghadapi pelbagai cabaran sejak 25 tahun negara merdeka, bukanlah suatu perkara yang mudah, dengan berdasarkan perspektif jangka panjang, ciri kepimpinan yang diwarisi, keupayaan mempunyai ‘vision’ yang jauh dan jernih untuk memerangi liku-liku jalanan yang harus ditempuh pada hari-hari yang mendatang, adalah merupakan keutamaan Baginda untuk rakyat dan penduduk negara ini yang Baginda pimpin.

Sepanjang 25 tahun kebelakang hingg kini, dan dengan petunjuk serta rahmat Allah SWT, bermacam bagai dan bentuk titah telah dititahkan oleh Baginda, manum begitu sejauh mana kah perlaksananya telah tercapai oleh mereka-mereka yang secara langsung ditujukan dari titah-titah berkenaan.

Titah-titiah Baginda, adalah mencerminkan aspirasi dan cita-cita serta falsafah perjuangan Baginda yang jujur dan ikhlas demi untuk bangsa, agama dan negara, titah-titah tersebut banyak menyentuh perkara-perkara kepada dasar-dasar Kerajaan yang dalam proses perancangan dan perlaksanaan pembangunan negara, pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat, meningkatkan kefahaman dalam beragama, pembangunan industian kecil dan sedarhana, serta berusaha kearah untuk membasmi kemiskinan (fakir, miskin dan penanggung hutang algarimin), berusaha dalam menyiapkan jati diri serta meningkatkan usaha dalam menghadapi sebarang kemungkin bencana yang lebih besar dan hebat.

Justeru itu, setiap titah yang dititahkan mempunyai maksud tersendiri sama ada ianya berbentuk nesihat atau teguran yang ditujukan bukan saja untuk para jemaah menteri , pegawai-pegawai Kerajaan malah kepada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini, walau apa dan sesiapa pun mestilah menerima hakikat dengan hati yang terbuka dan professional.

Merujuk kepada titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, ketika berangkat ke majlis Mesyuarat Khas Bencana Kebangsaan baru-baru ini, kemurkaan Baginda jelas terpancar kepada Menteri-Menteri tertentu yang gagal melaksanakan sistem dan polisi Kerajaan dengan baik dan kurang sempurna, demikian juga Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan, dimana Baginda menyatakan berkerja seperti robot, tiada kepekaan membuat keputusan, tidak ada budi bicara langsung, semuanya harus menunggu arahan, walaupun dalam peraturan mereka ada mandat untuk membuat pertimbangan tertentu dan mengambil langkah munasabah lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan keselamatan dan kebajikan.

Persoalannya, apakah Menteri-Menteri yang berkenaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik, selaku penggubal dasar, mempunyai rasa tanggung-jawab yang mendalam untuk melakukan sesuatu yang menyangkut paut dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta sikap tanpa takut-takut, atau malu-malu dan ragu untuk bertindak, disamping memikirkan untuk mengkaji semula sistem-sistem dan peraturan-peratuaran yang boleh melembabkan dan menghalang kemajuan dan kejayaan sesuatu perancangan, secara teliti supaya ianya dapat diubah suai mengikut peredaran waktu yang sesuai dan tepat bagi negara ini.

"Beta percaya, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu saja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikan rakyat dan negara tanpa takut-takut, atau malu-malu dan ragu." - petikan Titah sempena Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan ke-5 Majlis Mesyuarat Negara pada 12 Mac 2009.
Konsep ‘kreatif’ yang diperkenalkan dan dihasratkan oleh Baginda, bagi menghasilkan apa-apa yang perlu dihasilkan, memperbaiki apa-apa yang perlu diperbaiki dan meningkatkan apa-apa jua yang perlu ditingkatkan, dengan menggunakan sumber dan mekanisme yang ada kerana dengan melalui konsep inilah negara membangun dan bersaing. Keistimewaan pembangunan itu dapat dinikmati apabila, kejayaan itu di letakkan di landasan yang betul, yang menjadikannya terselamat daripada dicemari oleh kerenah-kerenah negatif atau perlakuan-perlakuan curang. Kegagalan sesuatu perancangan dan pembangunan disebabkan jika terdapat sikap menjinaki rasuah, dimana akan timbul lah penyakit-penyakit sosial dan kemiskinan yang boleh menjejaskan negara. Jika rasuah benar-benar berlaku ini adalah satu amaran kepada semua yang berkenaan supaya jangan sekali-kali menjinaki rasuah.

Juateru itu jangan anggap ‘rasuah kecil’ tidak mengapa, tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit, seterusnya Baginda ingin menekankan supaya menutup pintu rapat-rapat kepada rasuah. Apabila kita bersih daripada rasuah, Allah pasti memberkati kita dan negara, Baginda juga berharap, strategi-strategi yang dirancang akan turut mengmbil kira perkara tersebut, Baginda tidak mahu, ianya cuma indah di atas kertas sahaja, sedang apabila mahu dilaksanakan, rupa-rupanya ‘jentera pelaksana’ itu sedang bermasalah atau sudah lama bermasalah.

Dalam hubungan ini, Menteri-Menteri yang berkenaan serta semua warga Perkhidmatan Awam turut memikul tanggungjawab bagi memastikan hasrat ini tercapai. Mereka tidak boleh lari dari memimpin dan memberikan kefahaman kepada rakyat tentang tanggungjawab ini. Dan sehubungan itu mereka juga mestilah menunjukkan contoh bahawa mereka adalah pengurus dan pentadbir yang betul-betul bersih. Manakala mereka itu bersih, bermakna kerajaan juga adalah bersih. Inilah yang diharapkan oleh semua kalangan untuk melindungi mereka daripada segala anasir yang tidak bertanggungjawab, khasnya anasir-anasir perasuah dan penerima rasuah.

Oleh kerana kestabilan, kemajuan dan kejayaan setiap perancangan Kerajaan dan negara, bergantung kepada kemajuan dan kestabilan rantau dan dunia, maka amatlah penting Kerajaan memperbaharui system-sistem dan peraturan-peraturan dengan menaja dan melaksanakan dasar-dasar pertahanan dan keselamatan didalam serta diluar negara dengan berhati-hati dan bijak.

Di samping memperkemas dan memuhasabah diri, hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan dunia juga mustahak dimantapkan. Ini penting untuk mengekalkan hubungan kerjasama di pelbagai bidang politik, sosial dan kebudayaan serta ekonomi.

solagan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN

Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin

Monday, July 13, 2009

DIRGAHAYU KEBAWAH DULI TUAN PATEK







Ampun Beribu-ampun,

Hamba Duli Tuan Patek bersama keluarga mengucapkan "Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-63" Kehadapan Majlis Kebawah Duli Tuan Patek.

Dengan iringan doa agar sentiasa mendapat 'Petunjuk' dan 'Rahmat' Allah SWT sebagai Kalifah memimpin serta menerajui Kerajaan, Rakyat dan Negara Brunei Darussalam. Amin....

Daripada:
Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin berserta keluarga, Kuala Belait.