Wednesday, May 26, 2010

TIK DAN e-KERAJAAN




SEKADAR MAHU BERKONGSI MAKLUMAT


Teknologi Informasi dilihat proses penyampaian informasi dari bagian pengirim ke penerima sehingga pengiriman informasi tersebut akan lebih cepat, lebih luas penyebarannya, dan lebih lama penyimpanannya.


Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK), atau dalam bahasa Inggris dikenal dengan istilah Information and Communication Technologies (ICT), adalah payung besar terminologi yang mencakup seluruh peralatan teknik untuk memproses dan menyampaikan informasi. TIK mencakup dua aspek yaitu teknologi informasi dan teknologi komunikasi. Teknologi informasi meliputi segala hal yang berkaitan dengan proses, penggunaan sebagai alat bantu, manipulasi, dan pengelolaan informasi. Sedangkan teknologi komunikasi adalah segala sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu untuk memproses dan mentransfer data dari perangkat yang satu ke lainnya.


Segala kegiatan yang terkait dengan pemrosesan, manipulasi, pengelolaan, pemindahan informasi antar media. Istilah TIK muncul setelah adanya perpaduan antara teknologi komputer (baik perangkat keras [hardware] maupun perangkat lunak[software]) dengan teknologi komunikasi pada pertengahan abad ke-20. Teknologi tersebut berkembang pesat melampaui bidang teknologi lainnya. Hingga awal abad ke-21 TIK masih terus mengalami berbagai perubahan dan belum terlihat titik jenuhnya.


Sementara itu, penggunaan e-Kerajaan kini dilihat sebagai jentera penggerak yang utama dalam pemberian perkhidmatan kepada pelanggan dan orang ramai di Negara Brunei Darussalam. Manfaat utamanya memudahkan segala urusan, menyenangkan semua pihak yang berkepentingan, baik orang ramai, pelanggan dan pihak awam, pelaksanaannya cepat, mudah, kos efektif dan pada keseluruhannya berbeza serta lebih baik dari sebelumnya. Inilah ‘kehebatan’ inisiatif e-Kerajaan yang dikira berjaya memenuhi tuntutan-tuntutan dan ekspektasi pelanggan serta pihak-pihak berkepentingan tanpa menelan kos pentadbiran yang tinggi malah yang penting dapat memenuhi semua ekspektasi dalam masa realitif efisien.


Kedua-dua ICT dan e-Kerajaan ini melibatkan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan yang besar (jutaan ringgit Brunei) dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-8 (2001-2005) untuk mengendalikan perlaksana nya.


Pada penghujung tahun RKN ke-8 iaitu tahun 2005, e-Kerajaan telah dilaksanakan dengan sepenuhnya yang bersifat lebih membawa Perkhidmatan Awam ke tahap kualiti yang lebih tinggi dengan setiap anggotanya diharapkan memiliki pendekatan kerja yang lebih positif dan produktif bukannya negatif dan malas ingau.


Sejajar dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah sempena Majlis Pelancaran Persidangan Mengenai Masyarakat Bermaklumat, NASIS pada 7 September 2005, antara lain titah Baginda menekankan: “Kerajaan telah melaksanakan rancangan e-Kerajaan dan menggalakkan pula pelaksanaan e-Perniagaan yang mampu untuk mewujudkan e-Masyarakat dan e-Society. Sekiranya semua ini berjalan lancar, maka insya-Allah kita akan dapat pula mencapai visi bagi mewujudkan e-Brunei.”


Pada pertengahan tahun 2007, beberapa perubahan dan pengemaskinian terhadap pengurusan inisiatif e-Kerajaan untuk fasa seterusnya telah berlaku, di mana satu dasar dan penyusunan semula organisasi serta strategi jangka pendek dan sederhana telah dibentuk.


Penubuhan Badan Berkuasa Teknikal e-Kerajaan (EGTAB) dan Pusat Kebangsaan e-Kerajaan (EGNC) bertujuan untuk memantapkan pengurusan inisiatif e-Kerajaan dan membentuk pentadbiran kawalan ‘good governance’ bagi memastikan perlaksanaan projek-projek e-Kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Pada 30 Mei 2009, satu Pelan Strategik e-Kerajaan 2009-2014 telah dilancakan oleh Jabatan Perdana Menteri, dimana ianya adalah lanjutan atau evolusi daripada strategi e-Kerajaan yang terdahulu. Pelan ini akan membuka jalan bagi perlaksanaan perkhidmatan yang lebih proaktif dan bermakna kepada orang ramai dan sektor swasta.


Sasaran adalah bagi lebih kurang 45,000 orang kakitangan dan pegawai di Perkhidmatan Awam. Ini adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) daripada Kementerian masing-masing,pegawai-pegawai IT dan juga bukan pegawai IT dengan kursus bermula dari kursus IT biasa ke kursus profesional IT akreditasi dan juga program lepasan ijazah.


Juga difahamkan, pada awal tahun 2009, daripada 434 jawatan-jawatan IT yang telah diperuntukkan, terdapat lebih daripada 80 kekosongan atau sekitar 20 peratus daripada peruntukan tersebut, yang kini telah berkurangan menjadi sehingga 40 kekosongan atau sepuluh peratus pada bulan September 2009.


Pengambilan dan pemilihan calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut akan menjadi keutamaan bagi EGNC pada tahun tersebut. EGNC juga menyusun pelan sumber tenaga manusia yang diharapkan merangkumi program akreditasi profesional IT yang akan dilaksanakan secara intensif dan berterusan dalam tempoh 2009-2011 untuk membina kemahiran pegawai dan kakitangan EGNC.


Pelan sumber tenaga manusia ini juga adalah sejajar dengan Pelan Strategik e-Kerajaan 2009-2014. Kemahiran ICT pastinya memainkan peranan yang penting di dalam menggerakkan projek 'flagship' e-Kerajaan masa ini, atau projek yang membawa kesan langsung kepada orang ramai atau masyarakat umum dengan memiliki 3 ciri utama - Informatif, Interaktif dan Transaksi.


Lebih banyak lagi perkhidmatan secara elektronik akan dilancarkan secara berperingkat di masa yang terdekat seperti e-Passport, Land Transport Services dan Government Employee Management System (GEMS).


Pihak kerajaan pada masa ini juga sedang mengkaji semula proses-proses pendaftaran lesen-lesen perniagaan dan bagaimana untuk memperbaiki dan mempercepatkan proses-proses tersebut melalui penyatuan (integration) prasarana IT di kalangan berbagai agensi-agensi kerajaan selama tempoh 2010-2011.


Persoalannya sekarang, sejauh mana hasil perancangan yang telah dibuat selama ini (seperti yang disebutkan diatas) telah mencapai tahap peratusan yang dihasratkan, dan berapa banyak lagikah wang peruntukan dan perbelanjaan Kerajaan yang perlu untuk mencapai ketahap matalamat nya.


"Tepok dada Tanya selera". Wassalam


TITAH DIJUNJUNG - MEMPERKASAKAN RAKYAT