Tuesday, January 12, 2010

REFORMASI




Terlebih dahulu kita mendedahkan tanggan tanda syukur diatas limpah kurnia serta rahmat Allah SWT kepada Negara ini dimana kita boleh hidup dan bergiat dengan aman dalam perlindungan Allah SWT.

Kemerdekaan kini sudah menjangkau 26 tahun, Negara kita dari hari keminggu, dari minggu kebulan seterusnya kesetahun telah mengalami reformasi yang begitu teratur dan terancang dalam segala bidang sama ada dalam kerajaan mahupun pihak swasta. Semua ini adalah atas berkat dan kebijaksanaan pimpinan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, Negara Brunei Darussalam yang berwibawa memimpin serta mempunyai visi dan misi yang jauh serta yang berjiwa rakyat.

Kemunculan para professional yang terdiri dari anak-anak muda rakyat negara ini di bidang pentadbiran, pengurusan, politik, ekonomi, keselamatan dan ketenteraan dalam kerajaan merupakan satu usaha KDYMM Paduka Seri Banginda Sultan dan Yang DiPertuan, NBD untuk menyediakan para pelapis bagi masa depan negara serta untuk memberikan nafas serta idea baru dalam era pergolakan globalisasi yang semakin mencabar.

Ramai rakyat mahukan satu usaha kearah reformasi dilakukan secara berperingkat-peringkat dalam kerajaan. Golongan muda yang professional haruslah diberikan peluang untuk menjawat jawatan-jawatan terpenting dalam kerajaan.

Langkah kerajaan melantik Pegawai-Pegawai muda menerajui bidang keselamatan dan ketenteraan saperti Pehin Dato Paduka Seri Zainuddin Jalani selaku Persuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan Haji Abidin Pemerintah Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB) merupakan pegawai-pegawai yang muda dan berpengelaman dalam bidang kepolisan dan ketenteraan adalah merupakan pertanda yang baik, bijak dan wajar.Dan ini memboktikan bahawa anak-anak muda Brunei yang proferssional dan berpengelaman boleh memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Dalam usaha kita mengatur langkah kehadapan dalam era pergolakan globalisasi yang sering berubah-ubah dan mencabar, kita harus juga mereform sistem-sistem pentadbiran yang sedia ada serta dasar-dasar pendidikan dan perekonomian negara agar ianya tidak hanyut atau tersingkir dari arus pergolakan globalisasi.

Justeru itu rakyat beranggapan sudah sesuai masanya langkah kearah reformasi dalam barisan para jemaah menteri, diharapkan juga terlantik muka-muka baru dari kalangan pegawai-pegawai muda yang professional serta berpengelaman untuk menjawat jawatan-jawatan menteri kabinet dan juga tidak terkecuali reformasi bagi lantikan para Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang terdiri dari rakyat yang berpengelaman dalam bidang-bidang kemesyarakatan, politik, ekonomi dan sebagainya.

Perlantikan tenaga muda dan professional yang terdiri dari rakyat negara ini mungkin saja dapat memberikan input dan idea baru kearah melaksanakan hasrat dan visi serta misi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, Negara Brunei Darussalam dimana baginada mahukan generasi kepimpinan muda disemua peringkat mempunyai tanggungjawab yang utama, khususnya untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat. Kesenambungan kehidupan tradisi rakyat negara ini saperti kehidupan beragama dan bermasyarakat, sayang menyayangi harus dipertahankan.

TITAH DIJUNJUNG, MEMPERKASAKAN RAKYAT

oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin