Friday, July 2, 2010

MAKANAN HALAL & HARAM




Pada 13hb Oktober 1997 telah di tubuhkan satu badan iaitu Badan Pengeluar Permit Import Daging Halal Negara Brunei Darussalam, kemudian pada 26hb September 1998M satu lembaga iaitu Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal dan Jawatan Kuasa Pemeriksa Pusat Penyembelihan telah ditubuhkan, seterusnya pada 11hb Januari 2000M Lembaga berkenaan di tempatkan di bawah Jabtan Hal Ehwal Syaraiah, selepas itu telah di tukar nama menjadi Bahagian Halal Haram Jabatan Hal Ehwal Syaraiah Kementerian hal Ehwal Ugama Brunei. Kemudian pada 13hb Julai 2006M sekali lagi nama Bahagian Halal Haram Jabatan Hal Ehwal Syaraiah telah bertukar menjadi Bahagian Kawalan Makanan Halal Jabatan Hal Ehwal Syaraiah Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam sehingga sekarang. Jabatan berkenaan mempunyai visi dan misi yang telah ditetapkan saperti

MISI : Merealisasikan Akta Daging Halal Negara Brunei Darussalam.

VISI : Menjadi sebuah organisasi berwibawa bagi mengawal dan menangani hasrat orang ramai
mewujudkan permakanan halal di Negara Brunei Darussalam.

Diantara lainnya tugas dan tanggung jawab Bahagian Kawalan Makanan Halal ialah:


· Menjalankan tugas pemeriksaan secara berkala di pos kawalan masuk ke Negara Brunei
Darussalam,

· Melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pusat-pusat penyembelihan yang terdapat di
seluruh negara.

· Membuat laporan pemeriksaan dan operasi untuk dipanjangkan kepada Pengarah Hal Ehwal
Syariah.

· Melakukan pemeriksaan ke pasar-pasar, restoran-restoran, kedai-kedai, penjaja-penjaja kaki
lima, gerai-gerai bermusim, pasar raya-pasar raya yang menjual daging/ayam diseluruh
negara.

Firman Allah:
"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)


Kalau kita lihat dari Misi tersebut ianya untuk merelisasikan Akta Daging Halal, sementara Visi nya pula untuk menjadikan Jabatan berkenaan sebagai sebuah organasasi yang berwibawa bagi mengawal dan menangani hasrat orang ramai mengujudkan permakanan halal dinegara ini….


Persoalan nya sekarang adakah MISI dan VISI tersebut benar-benar menepati sesarannya?, atau tidak kah ianya perlu dikaji dan diperbaiki?


Pada pandangan saya, Jabatan berkenaan juga harus bertanggung jawap untuk mengenal pasti bahawa bukan saja khusus kepada kehalal daging dan ayam , akan tetapi perlus juga fokus terhadap barang-barang makan yang dalam bungkusan dan tin, (saperti mee segera, susu segar, coklat, tepung kastard, dan lain-lain) juga produk-produk keperluan seharian (saperti sabun, ubat gigi, minyak rambut, minyak pengwangi, krim, shampoo dll nya) yang dibawa masuk (import) dan dijual dipasar-pasar raya, kedai-kedai runcit dinegara ini dipastikan tidak mengandungi bahan-bahan ingredien, gelatin atau mengandungi lemak babi serta campuran perirasa dan perwarna yang mengandungi bahan-bahan yang dikenal pasti bukan dari tulang-tulang, kulit, uri binatang yang tidak halal atau bukan sembeleh secara Islam atau dari tulang, uri khinzir, ianya wajib dan perlu diumukan kepada orang ramai secara berterusan melalui media masa, saperti TV, surat khabar dan mengadakan majlis-majlis taklimat, seminar serta forum terbuka supaya orang ramai sentiasa diberi maklumat (berinformasi) mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan permakanan dan produk-produk halal dan haram yang ada dijual dalam Negara ini.

Kepada mereka-mereka yang dipertanggung-jawapkan untuk melaksanakan tugas tersebut, saya ingin mensorkan jalankan tugas tersebut dengan penuh keimanan dan ketakwaan, kerana masa depan Negara dan rakyat adalah dalam tanggung-jawap abiskita…

Negara Brunei Darussalam tidak akan menjadi sebuah Negara Zikir, saperti yang dihasratkan, jika rakyat nya masih memakan makanan yang diragui akan kehalalan….

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)


Dalam seruannya secara khusus kepada orang-orang mu'min ini, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya suka makan yang baik dan supaya mereka suka menunaikan hak nikmat itu, yaitu dengan bersyukur kepada Zat yang memberi nikmat. Selanjutnya Allah menjelaskan pula, bahwa Ia tidak mengharamkan atas mereka kecuali empat macam seperti tersebut di atas. Dan yang seperti ini disebutkan juga dalam ayat lain yang agaknya lebih tegas lagi dalam membatas yang diharamkan itu pada empat macam.


Yaitu sebagaimana difirmankan Allah:
"Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-An'am: 145)
Bersama lah kita berdoa, supaya Pemimpin, Rakyat dan Negara terpelihara daripada memakan makanan yang diragui akan kehalalan nya...Amin.


Wassalam.

“ TITAH DIJUNJUNG MEMPERKASAKAN RAKYAT ”


Oleh : Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin