Saturday, November 27, 2010

POLITIK DAN NEGARA


Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT, Negara kita, Brunei Darussalam, telah menikmati kemerdekaan selama lebih sesuku abad dalam suasana aman damai lagi harmoni dibawah tampok pemerintahan Raja yang berkat lagi berdaulat serta adil lagi bijaksana tanpa sebarang gangguan. Keharmonian, kesejahteraan dan keamanan sedemikian wajib dijaga dan dipelihara oleh semua lapisan masyarakat yang bernaong dibawah payong pemerintahan Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Berikut adalah “bullet point” untuk dikongsikan bersama:

Ø Demi mempertahankan dan memelihara kepentingan rakyat, Negara memerperlukan tulang belakang politik yang kukuh dan jitu,

Ø Pergerakan politik dan kebebasan berpolitik yang tulus dan bersih demi mendukung hasrat kerajaan mencapai wawasan 2035

Ø Rakyat harus mempunyai kesedaran berpolitik serta pengetahuan politik yang luas,

Ø Pentingnya peranan sikap dan nilai dalam proses pembangunan dan pemodenan masyarakat khususnya orang-orang Melayu

Ø Membentuk dan mencipta sebuah mesyarakat Melayu yang adil dan bersepadu

Ø Peningkatan usaha dan perubahan sikap terutama dikalangan orang-orang Melayu itu sendiri amatlah penting untuk mencapai hasrat serta wawasan 2035

Ø Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Negara, MMN yang dilantek – mahu pun yang akan dilantek harus mempunyai kewibawaan serta pandangan (‘political views’) yang fokas dan luas dalam isu-isu pembangunan nasional ( ‘national development’ ), disamping itu juga Ahli Ahli MMN mesti lah berkeupayaan bertindak selaku ‘political tools’ dalam mendukung apa jua perilaku dan tindakan pemimpin Negara dan Kerajaan terhadap isu-isu serantau (regional) dan antarabangsa (international).

Ø Tumpunan harus difokaskan terhadap proses perancangan dan perlaksanaan pembangunan Negara yang menjurus kepada pembangunan ekonomi dan social masyarakat.

Ø Parti-parti politik yang di iktiraf bertindak selaku media yang mewakili suara rakyat untuk menyampaikan aduan-aduan yang bernas dan membawa faedah kepada pihak kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan Negara jua,

Ø Parti-parti politik ini juga perlu memainkan peranan dan bertindak selaku mata dan telinga (to ‘monitor’) terhadap isu-isu politik global dimana setiap maklumat yang diperolih dapat dikongsikan dengan pihak kerajaan bagi mempertahankan serta manjamin keutuhan dan kewibawaan kerajaan, demi keamanan, kesejahteraan dan keselamatan Negara Brunei Darussalam.


Ø Parti-parti politik juga memainkan peranann yang proaktibb dalam memperkukuhkan keharmonian, kejahteraan dan keamanan.

Ø Politik demokratik harus mempunyai nilai-nilai yang liberal dikalangan rakyat, lebih liberal nilai rakyat lebih liberallah sikapnya dalam politik

Ø Membangun kesejahteraan hidup rakyat yang berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan harus menjadi keutamaan perjuangan politik,

Ø Kuasa politik dan pemerintahan bukanlah matlamat (not an end in itself). Ia hanyalah wahana bagi mendaulatkan hak rakyat dan menegakkkan keadilan serta membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat, bangsa dan negara.

Ø Wakil-wakil rakyat (yang dilantek atau yang akan dilantek), ahli-ahli politik, ahli-ahli professionals dinegara ini harus meletakkan atau memforcuskan usaha memperjuangkan nasib dan hak rakyat sebagai agenda utama.


Ø Pemimpin disemua peringkat diharap akan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan adil dan bijaksana, dan jika perlu mengagehkan tanggunjawab tertentu kepada pekerja bawahan nyauntuk mengendalikan demi memberikan masa dan ruang untuk mereka membuat keputusan penting dan tindakan yang bernas lagi proaktif demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan Negara.


TITAH DIJUNJUNG MEMPERKASAKAN RAKYAT

Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin PSB, PJP.

Thursday, November 25, 2010

KUASA POLITIK & EKONOMI MELAYU


Bila tah lagi masanya untuk kitani, selaku orang Melayu diNegara Brunei Darussalam memikir dengan serius dan mendalam akan nasib masa depan bangsa Melayu, khususnya dalam bidang social, politik dan ekonomi.


Negara Brunei Darussalam yang kitani cintai ani sudah pun menikmati alam merdeka selama lebih sesuku abad, rata-rata lebih dua pertiga daripada kalangan warganegara terdiri daripada orang Melayu, menjadi kan orang Melayu itu terdiri dari golongan majoriti (terbesar) di kalangan rakyat Negara ini. Sama ada yang berkhidmat serta berkerja dalam sector Kerajaan atau sector Swasta, orang Melayu terdiri dari golongan majoriti. Pada waktu yang sama, orang Melayu juga golongan majoriti di kalangan warga pengguna dalam menentukan perkembangan ekonomi Negara. Dalam hal ini, nampak nampak nya belum jelas dan tidak ada tanda ke pastian yang masa depan orang Melayu kitani terjamin dari segi status social, politik atau ekonomi nya. Amat menyedih dan memilu kan ………. !


Dalam menghayati sistem ber-Negara di Negara Brunei Darussalam yang kitani sama sama cintai ini, dimana Konsep Melayu, Islam, Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik, bersendi kan ajaran ahli sunnah waljamaah, telah meletakan bangsa Melayu, ugama Islam dan sistem be-Raja ketahap yang ter-atas dalam tampok pemerintahan Negara dan Kerajaan, dan secara terang-terangan orang dan bangsa Melayu itu terdiri dari golongan majoriti, dimana Raja nya (sultan Brunei yang beragama Islam) terdiri dari golongan bangsa Melayu menjadi pemimpin tertinggi yang berkuasa dan memerintah Kerajaan dan Negara, namun masih belum ketara orang Melayu itu menguasai dan mempengaruhi perkembangan politik dan ekonomi di Negara ini.


Walau apa pun konsep atau sistem pemerintahan dan bernegara yang kitani perkenalkan dan laksanakan, mungkin saja masih terdapat sebilangan golongan ketua atau pemimpin yang terdiri daripada orang Melayu yang masih membenarkan diri mereka dibawah telunjuk orang bukan Melayu, yang meyebabkan sebilangan terbesar pengendalian ekonomi Negara kitani, dipengaruhi dan diraih oleh golongan yang terdiri dari bukan orang Melayu sama ada dari dalam atau luar Negara.


Mungkin juga ada dikalangan mereka ini yang diamanahkan dan diberi mandat selaku pemimpin tertinggi dalam kerajaan dan diperingkat daerah-daerah, tetapi masih membenarkan diri mereka mengikut telunjuk rakan-rakan mereka yang bukan terdiri dari golongan orang Melayu, dalam menentukan hala tuju perkembangan social, politik dan ekonomi kitani orang-orang Melayu


Berdasarkan pengamatan dan kaji selidik hingga kesaat ini, ramai dikalangan orang orang Melayu kitani di Negara Brunei Darussalam ini belum lagi menunjuk kan tanda-tanda yang mereka bersatu menuju kearah kesatuan dan kesefahaman yang bulat dalam ertikata perpaduan orang Melayu, mereka masih berpecah dan tidak sealiran pendapat dan idologi diantara satu dengan lain dalam memajukan perekonomian bangsa Melayu. Ini berpunca dari adanya sifat pementingkan diri dalam, mengejar kuasa politik dan pembahagian ekonomi. Dalam keadaan sedemikian sudah setentunya menguntungkan musuh-musuh kitani iaitu golongan yang anti-kuasa-kuasa orang Melayu.


Cuba kitani fikirkan dari sudut yang positif. Perpaduan dan bersatunya kitani orang melayu akan membuatkan bangsa Melayu lebih maju dan berjaya, kitani akan menjadi bangsa yang disegani dan pada masa yang sama membentuk satu bangsa Melayu yang tahu erti hormat dan bertanggunjawap. Bangsa yang menpunyai satu identiti yang unik, bukan yang ciplak dari bangsa lain, kitani orang Melayu yang benar benar menguasai dan memerintah bumi Brunei Darussalam ini.


Walau bagaimana pun kejayaan setengah orang Melayu kitani dalam bidang perekonomian (perusahaan) dan politik bukannya dapat dijadikan bahan kayu pengukur bagi kitani menunjukkan kejayaan keseluruhan orang-orang Melayu kitani, masih banyak lagi usah-usaha perlu dilakukan dan dilaksanakan bagi memajukan bangsa Melayu dalam semua peringkat perekonomian yang berdayamaju dan berdyasaing.


Justeru itu, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei–DPPMB harus juga bertindak selaku rakan kongsi kerajaan untuk memajukan, memantapkan dan memperkembangkan ekonomi bangsa Melayu disamping memainkan peranan, tanpa memikirkan kepentingan peribadi dan dengan sepenuh hati berkorban untuk kepentingan perkembangan perekonomian bangsa Melayu, untuk meraih sokongan dari peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha Melayu Negara ini untuk dijadikan ahli DPPMB, dengan mengadakan dialog-dailog terbuka dari hati kehati untuk menerima dan mendengar kritikan dan tegoran serta permasalahan mesyarakat peniaga dan pengusaha Melayu demi untuk perpaduan orang-orang Melayu yang boleh diserapkan dalam payung DPPMB, dimana Kerajaan pula bertindak sebagai ‘facilitator’ bagi usaha-usaha memperkembangan ekonomi.


Orang-orang Melayu dan umat Islam diNegara Brunei Darussalam harus bersatu mendukung Kerajaan pimpinan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela nasib dan kebajikan rakyat dan bangsa Negara Brunei Darussalam.


Bersatu teguh, bercerai runtuh, ……. yang mana satu yang kitani mahukan dan pilih ?.
Saya bukannya ‘chauvinist’ atau ‘racist’ kerana menyuarakan pendapat saya ini, niat saya ialah untuk mengingati dianatara kitani sebelum nasi jadi bubur, jangan sampai yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak kesampaian.


TITAH DIJUNJUNG MEMPERKASAKAN RAKYAT


Oleh : Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin PSB, PJP.