Saturday, November 20, 2010

BEDB DIBAWAH TANGGUNGJAWAP JPM



Alhamdulillah, rakyat Brunei khususnya para peniaga dan pengusaha Melayu Brunei dinegara ini amat mengalu-alukan dan menyambut baik diatas perkembangan terkini terhadap 2 buah agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) dan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dibawah kawalan dan penguasaan Jabatan Perdana Menteri, dianggap satu tindakan dan langkah yang amat tepat dan bijak oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang diPertuan Negara Brunei Darussalam.


Tindakan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, Negara Brunei Darussalam meletakan kedua-dua agensi tersebut yang dianggap penting dibawah Jabatan Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang bijaksana kearah bergerak kehadapan (moving forward) untuk menyelaraskan serta mensepadukan strategi pembangunan dan ekonomi negara yang telah dikenalpasti untuk diusahakan dan dilaksanakan saperti yang telah digariskan dalam program Wawasan Negara 2035.


Kegembiran para pengusaha dan peniaga Melayu Brunei terpancar dimuka mereka setelah mengetahui berita gembira diumumkan dikaca TV dan disiarkan dimuka depan akhbar-akhbar tempatan dinegara ini, dimana Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) telah ditukar dibawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menter, bagi mereka ini adalah satu rahmat yang telah dikurnikan oleh Allah SWT kepada mereka, dimana selama ini mereka hanya menjadi penuntun dalam kancah pembangunan yang hampir keseluruhan projek-projek yang dikendalikan oleh BEDB diberikan kepada pengusaha-pengusaha asing dari luar negara tanpa memberikan sedikit pun ruang kepada pengusaha-pengusaha melayu Brunei ikut serta dalam projek-projek tersebut, bagitu juga tiada ruang untuk mengerjakan kerja-kerja sebagai sub-kontraktor kepada projek-projek tersebut.


Memang sudah sedia maklum BEDB (LKEB) merupakan sebuah perbadanan yang diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah digariskan dalam Amenman Order 2001 Lembaga Kemajuan Ekonomi, juga bertanggungjawap untuk melaksanakan dasar-dasar kemajuan Negara dan menyediakan rancangan mempromosikan pelaburan, insentif dan strategi pemasaran untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara bagi industry berteknologi tinggi dan berdayamaju.


Sehubungan dengan itu, rakyat khususnya para pengusaha dan peniaga Melayu Brunei menaruh harapan yang amat tinggi dengan adanya perubahaan pihak tertinggi pengurusan (top management) dalam BEDB adalah sungguh diharapkan dapat meningkatkan usaha dalam membantu serta memberikan laluan mudah dan sokongan kepada pengusaha dan peniaga Melayu Brunei dalam ikut serta projek-projek pembangunan dan perekonomian yang dibawah kendalian BEDB.


Bagi merealasasikan hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, Negara Brunei Darussalam serta Wawasan Negara 2035, menjadi kenyataan, para pengusaha dan peniaga juga mesti biapsaga untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang akan dihadapi disamping melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengurusan, pengendalian dan lain-lain dalam peniagaan . Jati diri selaku pengusaha dan peniaga Melayu Brunei harus juga dipertingkatkan, bukan sekadar menjadi Ali Baba atau Ali John dalam pernaiagaan atau perusahaan.


Hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ingin melihat pada satu ketika nanti orang MALAYU Brunei menjadi the LEADER of COMMERCE dinegara ini menjadi kenyataan dan hasrat baginda itu merupakan suntikan semangat kepada para pengusaha dan peniaga Melayu Brunei Negara ini.

TITAH DIJUNJUNG MEMPERKASAKAN RAKYAT


Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin