Sunday, October 11, 2009

ROMBAKAN KABINET JEMAAH MENTERI


Sudah tiba masanya, rombakan baru dan reformasi kalangan Jemaah Menteri harus dilakunkan sekarang, ianya perlu kerana mengikut perkemabangan keadaan dan suasana masakini, reformasi terhadap sebahagian para Menteri dan Timbalan Menteri serta beberapa buah Kementerian dan Jabatan-jabatan serta Agensi-agensi kerajaan dibawah kepimpinan Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan yang telah dikenalpasti lemah, lembab dan kurang peningkatan serta kurang daya saing mestilah diberi nafas baru supaya ianya dapat lebih proactive dalam mengendalikan dasar-dasar kerajaan.

Reformasi dan rombakan kalangan para Menteri dan Timbalan Menteri yang telah lama berkhidmat dan kurang berdaya maju serta kurang berdaya saing, dan juga factor usia yang sudah melebihi sukatan umur, dan yang bersikap robot takut dengan reformasi, harus segera diganti, jika tindakan dan rombakan tidak dibuat, ianya akan saperti 'anai-anai' dalam kayu, dimana sama ada secara langsung atau tidak langsung ianya akan merosakan perjalanan pentadbiran serta program-program yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan saperti yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan iaitu KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang juga selaku Perdana Menteri kita.

Reformasi kearah kemajuan dalam aspek pembangunan, social, pendidikan, keselamatan dan kemajuan ekonomi serta SME juga perlu dilakukan agar negara kita sabanding dengan negara-negara jiran. Disamping kita berusaha kearah bereformasi, harus juga diambil kira agar usaha tersebut tidak akan menghalang dan menjejaskan program-program kerajaan dalam membentuk peningkatan kerohanian dan kejasmanian rakyat dan penduduk dinegara ini.
Jawatan Menteri adalah merupakan ‘Jawatan Politik’ (Political Post), bukannya merupakan satu jawatan dalam Perkhitmatan Awam saperti tanggapan sebahagian dari masyarakat dan tidak terkecuali sekelintir para Menteri (berasaskan tindakan yang dibuat oleh Menteri), justeru itu sebarang tindakan dan keputusan haruslah berasaskan dengan amalan politik disamping isu-isu politik yang memabitkan kepentingan rakyat, agama dan Negara.

Dinegara ini, amat sukar bagi kita melihat Menteri atau Timbalan Menteri turun padang dan bermesra bersama rakyat (kecuali lawatan Resmi) bagi mengetahui secara dekat hasrat rakyat. Kenyataan nya hubungan antara para Menteri dan Timbalannya dengan rakyat nampak tidak erat dan tidak mesra. Terdapat juga aduan-aduan dari rakyat dimana ada Menteri yang mengadakan perjumpaan dan dialog dengan rakyat kedaerah dan mukim, namun demikian setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan kepada Menteri berkenaan ditolak dan tidak diterima dengan alasan yang diberikan oleh Menteri berkenaan bahawa perkara-perkara dan isu-isu yang dikemukakan itu adalah remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan, (mungkin bagi pandangan Menteri berkenaan isu tersebut remeh, akan tetapi bagi rakyat yang merasainya isu berkenaan amat bererti dan penting yang mana harus ditanggani oleh Menteri atau Timbalan nya)

Terdapat juga Menteri dan Timbalannya bersikap saperti ‘robot’ dan tidak berani membuat reformasi tetapi menunggu arahan dari Bos yang besar.

Jika kita mahu melihat kesenambungan dan mengkekalkan keharmonian bernegaraserta perjalanan pentadbiran yang First Class, para Menteri dan Timbalan Menteri mestilah mencontohi sikap kepimpinan yang tonjolkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPeruan yang sentiasa perihatin dan erat serta mesra dengan rakyat.

Walaupun pada hakikatnya, Jemaah Menteri bukan dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, namun kerjasama dan permuafakatan yang erat antara para Menteri dengan rakyaat dan penduduk negara ini amat penting dalam sistem pentadbiran Negara yang berasaskan konsep Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik.

Sebagai pemimpin yang berada dalam Kabinet, para Jemaah Menteri perlu bersatu-padu dan sehaluan dalam melaksanakan amanah, mandat dan tugas-tugas pentadbiran tanpa menghiraukan kepentingan diri sendiri atau keluarga, permuafakatan antara ahli Jemaah Menteri akan sentiasa diperhatikan dan mempunyai kesan yang luas dalam kehidupan rakyat dan penduduk negara ini keseluruhannya.

Ahli Jemaah Menteri perlu sedar bahawa kejayaan Kerajaan secara keseluruhannya bergantung kepada kecekapan pentadbiran dan keberkesanan peranan yang dimainkan sebagaimana skop tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan sebagai sesebuah kementerian.

Menyentuh pembangunan negara, masih banyak lagi cabaran dan rintangan yang perlu ditempuh, Negara Brunei Darussalam yang kini berada pada satu tahap yang membanggakan, namun begitu masih ada ruang untuk usaha ini dipertingkatkan lagi. Ahli Jemaah Menteri perlu memastikan negara sentiasa dilindungi daripada kejutan luar, usaha untuk melaksanakan pembangunan secara seimbang dan terus memperkukuhkan ekonomi negara bagi mengelak daripada sebarang kejutan yang tidak disangka.




Sologan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN




Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin