Thursday, January 28, 2010

CADANGAN DAN USUL DARI RAKYAT







DARI SUDUT KACA MATA HATI RAKYAT

Petikan Titah : “…Apa yang Beta harapkan, negara kita mustahak mempunyai pasukan untuk membawanya kehadapan, bukan berundur kebelakang……Tiap-tiap orang perlu ghairah menyertainya, jangan ada yang berkecuali. Kemerdekaan akan hampa jika kita hanya bersikap menonton tetapi disamping menonton, rakyat juga perlu sedar dan peka dengan apa yang terjadi dihadapan mereka…

“….Tegasnya, dalam kontak bernegara dan bermesyarakat, tidak siapa pun yang harus terlantar sendirian, melainkan semuanya itu mestilah mendapat layanan dan pembelaan yang saksama….”
(Titah sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-17 tahun pada 23 Februari 2007)

Berdasarkan kepada kaji selidik hasil dari percakapan, ketidak puasan, aduan dan pandangan dari orang ramai (rakyat) dinegara ini, terdapat beberapa cadangan dan usul telah dikemukakan…..Pada mulanya cadangan dan usul tersebut telah dipanjangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk dibawa dalam MMN, tetapi ditolak tanpa terlebih dahulu meminta penjelasan kenapa ianya diusulkan /dicadangkan.

Berikut adalah beberapa cadangan dan usul untuk dipertimbangkan Kehadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan & Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Pembentukkan dan reformasi terhadap beberapa Kementerian mengikut keperluan Negara dalam era pembaharuan dan pembangunan ekonomi, pendidikan, politik, social dan kebudayaan serta ICT.


Jabatan Perdana Menteri
(selain Menteri Kanan-dikekalkan, juga dicadangkan supaya diwujudkan beberapa orang menteri diJabatan Perdana Menteri bertanggung-jawab terhadap Undang-Undang dan Syarie, Hal-Ehwal Wanita & Kebajikan Masyarakat, dan Kebudayaan & Pelancongan)

• Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri & Perdagangan (dikekalkan)
• Kementerian Kewangan (dikekalkan)
• Kementerian Pertahanan (dikekalkan)
• Kementerian Hal-Ehwal Agama (dikekalkan)
• Kementerian Tenaga & Ekonomi (dicadangkan)
• Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri (dikekalkan)
• Kementerian Pendidikan (dikekalkan)
• Kementerian Sumber Tenaga Manusia (dicadangkan)
• KementerianPembangunan, Tanah, Bandar & Desa (dicadangkan)
• Kementerian Kesihatan (dikekalkan)
• Kementerian Usahawan, Perindustrian Kecil & Sedarhana (dicadangkan)
• Kementerian Asas Tani dan Perikanan (dicadangkan)
• Kementerian Perhubungan, Telekom & Pos (dicadangkan)
• Kementerian Belia & Sukan (dicadangkan)
• Kementerian Penerangan(dicadangkan)
• Kementeria Hal-Ehwal Pengguna (dicadangkan)

Pembentukan dan reformasi terhadap kementerian-kementerian yang dicadangkan mempunyai fungsi dan peranan-nya tersendiri berasaskan dan berdasarkan dengan pembentukan kementerian tersebut.

Selain dari cadangan pembentukan kementerian baru, beberapa usul juga dicadangkan bagi mereformasi fungsi dan peranan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantek, yang berperanan sebagai penggubal undang-undang, juga diharapkan supaya dapat memberikan khidmat dan sumbangan yang lebih bermakna dan luas terhadap Negara, Agama dan Bangsa dinegara ini.

Cadangan dan usul tersebut adalah saperti berikut:

• menambah bilang kerusi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantek,

• membentuk Fraksi-Fraksi yang dianggoti sekurang-kurangnya 3 orang ahli fraksi dari kalangan Ahli-Ahli Yan Berhormat yang dibahagikan mengikut
bilangan Kementerian yang diwujudkan.

• membentuk Biro Pengaduan Rakyat (dibawah Menteri diJabatan Perdana Menteri yang bertanggung-jawap keatas Hal-Ehwal Wanita & Kebajikan Masyarakat)

Petikan Titah : “ …..ialah dengan meluruskan dasar-dasar kita dalam pentadbiran, kita mestilah jijur, efisien, adil dan bersih juga terbuka dan sensitive dengan mengambil berat terhadap kepentingan umum….
Kerana itulah langkah-langkah telah diambil untuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi dibawahnya supaya mengamalkan Tekad Pemedulian Terhadap Orang Ramai…”
(Titah sempena Sambutan Hari Keputeraan yang ke-53 tahun pada 15 Julai 1999)


Wassalam.

“ TITAH DIJUNJUNG, MEMPERKASAKAN RAKYAT ”

Oleh : Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin