Thursday, May 6, 2010

HUBUNGAN BRUNEI DARUSSALAM - MALAYSIA





DIPLOMASI RAKYAT KE RAKYAT

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia mempunyai persamaan yang bukan sedikit hasil dari kedudukan geografi yang berhampiran dan pengelaman sejarah yang serupa. Kita juga mempunyai persamaan dari segi nilai dan keutamaan, khususnya penumpuan kepada meningkatkan taraf hidup rakyat dan penduduk dengan memastikan yang ideal serta prinsip-prinsip setiakawan tetap terkawal dan sama-sama waspada terhadap pembasmian sebarang ancaman kepada keselamatan dan keteguhan serta kedaulatan Negara dan Kerajaan kita.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini hubungan Negara Brunei Darussalam-Malaysia menjadi semakin mesra, ini adalah perkembangan yang amat mengalakkan, dengan adanya persefahaman yang telah lama terjalin.

Kemajuan dan kemakmuran Malaysia sungguh bermakna kepada Negara Brunei Darussalam kerana mempunyai jiran yang maju dan stabil, dengan kemajuan dan kemakmuran tersebut juga akan membuat dan membantu kestabilan kepada Negara Brunei Darussalam.

Pemimpin-pemimpin Malaysia telah berusaha dengan penuh gigih untuk membangun sebuah Negara dengan warganegaranya yang bersatu, manakala kita diNegara Brunei Darussalam, pucuk pimpinan kita juga sedang berusaha membentuk sebuah Negara yang berpeggang teguh kepada Konsep Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik yang bersatu dan kuat berdisplin.

Kemajuan dan kecermelangan yang telah dicapai oleh Malaysia terutamanya dibidang-bidang ekonomi dan social boleh kita jadikan model bagi memperlengkapkan diri kita kearah meningkatkan usaha dalam bidang-bidang berkenaan.

Pembangun Malaysia dan Negara Brunei Darussalam ialah satu tugas yang dipikul bersama oleh pemimpin dan rakyat kedua-dua negara yang berjiran. Justeru itu pembentukan hubungan yang rapat diantara kedua-dua negara adalah satu tugas yang harus dipikul bersama oleh pemimpin dan rakyat negara-negara berkenaan. Sehubungan dengan itu, pemimpin kita diegara Brunei Darussalam dengan bijaksanan pucuk pimpinan yang wawasan serta mempunyai visi yang luas dan jauh telah melangkah dengan mempersetujui dan berkerjasama untuk menjayakan semua Perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai bersama pemimpin Malaysia bagi kepenting rakyat dan negara kita, diNegara Brunei Darussalam.


TITAH DIJUNJUNG MEMPERKASAKAN RAKYAT

Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin