Tuesday, August 16, 2011

PENGIKTRAFAN AHLI-AHLI PERNIAGAAN BUMIPUTERA




SOSIO-EKONOMI RAKYAT


Ekonomi adalah factor utama bagi sesebuah negara, dan ianya dianggap amat penting bagi menentukan kemajuan atau kemunduran sesebuah negara itu dalam memperbagaikan ekonomi nya.


Penglibatan pihak swasta bumiputera dalam pembangunan ekonomi (sosio-ekonomi) negara adalah satu proses yang sangat rumit, bukan saja berhadapan dengan masalah-masalah ekonomi, politik dan pentadbiran, akan tetapi juga berhadapan dengan perubahan social dan pemikiran rakyat dan masyarakat negara ini.


Pihak Kerajaan yang sedang rancak dengan penyusunan rancangan (plan) pembangunan (sosio-ekonomi rakyat),selama ini, belum dapat atau membolehkan rakyat mengecap sepenuhnya dalam menikmat kemakmuran dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian mereka. Justeru itu satu usaha dan langkah untuk “hijrah” mereformasi dan men-transformasi ekonomi dan politik harus memainkan peranan penting dalam menjurus memantapkan pembangunan ekonomi khususnya siso-ekonomi rakyat dinegara ini.


Harus juga kita ambil maklum, kemakmuran dan kesejahteraan yang dinikmati tidak akan bererti jika kiranya perkara asas iaitu sosio-ekonomi rakyat tidak dibangunkan dan dilaksanakan secara bersistematik. Bila sosio-ekonomi rakyat rosak, maka akan rosak lah kemakmuran dan kesejahteran yang telah diusahakan selama ini.


Menyedari akan hakikat kerumitan proses pembangunan itu dan aspek-aspeknya yang banyak, pihak Kerajaan tidak harus bersendirian, ianya melakukan sesuatu dengan membawa pengusaha-pengusaha bumiputera sebagai rakan strategic (strategic partners) dalam usaha kearah men-tranformasi system penilaian pembangunan ekonomi itu secara berperingkat-peringkat, ianya harus juga meliputi aspek-aspek social dan kemasyarakatan secara yang lebih multidisciplinary.


Pada hakikatnya, punca kelemahan yang masih terdapat terhadap dalam perancangan perlaksanaan dan penilaian pembangunan ekonomi rakyat ialah kerana kurangnya penyerataan pihak swasta (bumiputera) menjadi rakan kongsi dan strategik, penyelidikan yang bersungguh-sungguh, kurang mengunakan sepenuhnya sumber tenaga manusia tempatan yang ada, juga akibat kurangnya pakar-pakar penyelidik sosio-ekonomi dari kalangan pegawai-pegawai Kerajaan sendiri, tetapi yang pasti kemungkinan besar kebanyakan kajian dan penilaian–penilaian projek pembangunan dan ekonomi yang besar dilakukan oleh pakar-pakar atau perunding dari luar negari.


Jika kita fokus mengenai sosio-ekonomi rakyat, ianya bukan saja menjurus kepada rakyat biasa akan tetapi juga kepada rakyat yang berusaha dalam bidang perniagaan dalam ertikata peniaga atau pengusaha Bumiputera, disini kita nampak jurang perbezaan dari segi pengaggihan projek-projek Kerajaan yang besar-besar dan pembahagian ekonomi kepada pengusaha-pengusaha Bumiputera tidak seimbang dengan pengaggihan projek-projek tersebut dan pembahagian ekonomi dengan orang-orang yang bukan Bumiputera dinegara ini adalah sungguh amat ketara.
Jika perkara diatas tidak ditanggani dan dibiarkan ianya berlarutan / berterusan, maka amat sukarlah bagi pengusaha-pengusaha bumiputera dan rakyat untuk sama-sama menglibatkan diri dan membantu Kerajaan dalam memantapkan pembangunan ekonomi (sosio-ekonomi rakyat) dan negara ini.


Pada hakikatnya dan tidak dinafikan pihak swasta yang terdiri anak-anak watan / bumiputera dinegara ini, telah banyak memainkan peranan penting dalam menabur bakti dan memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan ekonomi dan negara, namun begitu masih ramai dari kalangan mereka ini tidak diambil perhatian oleh pihak Kerajaan. Dimana kah silap nya?....jika kita amati titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena Tahun Baru Masihi 2000 pada 1hb Januari 2000 diantara lain perikan titah tersebut adalah:

“dalam hubungan ini sektor swasta mempunyi peranan yang penting disamping peranan sektor kerajaan dan awam…bahkan dalam banyak keadaan dinegara-negara lain, sektor swatalah yang memainkan peranan utama dalam mengerakkan jentera ekonomi dan usaha-usaha kemajuan negara, manakala sektor awam lebih merupakan sebagai pemudah menitik beratkan pemedulian serta kecermelangan disegenap bidang……pada kesimpulannya kita tetap menginginkan Brunei Darussalam sebagai negara yang maju dengan rakyatnya yang berhemah tinggi, mahir dan mampu untuk bersaing diperingkat dunia dan antarabangsa….”.


Peranan pihak swasta (pengusaha2 Bumiputera) selama ini tidak boleh diketepikan atau dinafikan, bahawa mereka juga memainkan peranan penting dalam turut sama untuk memajukan ekonomi ketahap yang dapat dibanggakan ianya terbokti hingga kesaat ini
Memandangkan penglibatan dan sumbangan pihak2 swasta bumiputera terhadap process pembangunan ekonomi amat besar, adalah wajar mendapat pengiktrafan dari pihak Kerajaan, dimana pengiktrafan tersebut melambangkan keyakinan dan kepercayaan pihak Kerajaan terhadap sumbangan mereka, (justeru pengiktrafan yang berupa pemberian Bintang-Bintang Kebesaran Negara dengan gelaran “Dato”) kepada pihak2 swasta bumiputera perupakan satu suntikan semangat bagi mereka lebih pro-aktib dan terus berusaha dalam membantu pihak Kerajaan serta berbakti kepada rakyat dan negara ini.


Dengan adanya pengitrafan Bintang-Bintang Kebesaran yang membawa gelaran “Dato”, dan ini juga kan menyakinkan pihak-pihak pelabur dari luar negara untuk mengujudkan kerjasama dan pelaburan dengan pihak2 swasta (Bumiputera) dinegara ini.


Contoh-contoh berikut adalah diantaranya pihak2 swasta bumiputera yang bertaraf antarbangsa yang diterajui oleh anak-anak Brunei saperti berikut:
QAF, Abd Razak Holding, Alif Technologies Sdn Bhd, Bereau Veritas, Adinin Group of Companies, Galfar, Joffrin Omar, Archipelago Group, Sri Kandi Group of Compines, Syarikat Kejuruteran Sistemaitk, Mashhor Group of Companies, PTAS Sdn Bhd, SHAID Sdn Bhd SALISAH Holding Sdn Bhd, SHIKA, MOC Sdn Bhd, Megamas Training Co. Sdn Bhd, KSMT Sdn Bhd, Dandy Jaya Sdn Bhd, Mahkota Maju Sdn Bhd, Petrokon Utama Sdn Bhd, Juruukur Bahan Utama, Swiber Offshore Brunei, CIC Environment Services Sdn Bhd dan banyak lagi……


Bayangkan jika para pemimpin pihak swasta bumiputera mendapat kepercayaan dan keyakinan dari pihak Kerajaan dengan memberikan pengitrafan dengan gelaran “Dato”, InsyaAllah sudah semestinya kepercayaan dan keyakinan para pelabur-dari luar negara akan mendorong dan berminat untuk melabur dan seterusnya usahsama dengan pihak2 swasta bumiputera kita, dan jika ini menjadi kenyataan, bayangkan berapa jumlah wang pelaburan akan dibawa masuk kenegara ini disamping membuka ruang dan peluang pekerjaan bagi rakyat negara ini.


InsyaAllah, ianya juga akan menjana ekonomi negara yang mantap disamping membangun sosio-ekonomi rakyat kita.




“ Menjunjung Titah, Memperkasakan Rakyat”

Oleh : Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin, PSB, PJP.
August 2011