Thursday, November 25, 2010

KUASA POLITIK & EKONOMI MELAYU


Bila tah lagi masanya untuk kitani, selaku orang Melayu diNegara Brunei Darussalam memikir dengan serius dan mendalam akan nasib masa depan bangsa Melayu, khususnya dalam bidang social, politik dan ekonomi.


Negara Brunei Darussalam yang kitani cintai ani sudah pun menikmati alam merdeka selama lebih sesuku abad, rata-rata lebih dua pertiga daripada kalangan warganegara terdiri daripada orang Melayu, menjadi kan orang Melayu itu terdiri dari golongan majoriti (terbesar) di kalangan rakyat Negara ini. Sama ada yang berkhidmat serta berkerja dalam sector Kerajaan atau sector Swasta, orang Melayu terdiri dari golongan majoriti. Pada waktu yang sama, orang Melayu juga golongan majoriti di kalangan warga pengguna dalam menentukan perkembangan ekonomi Negara. Dalam hal ini, nampak nampak nya belum jelas dan tidak ada tanda ke pastian yang masa depan orang Melayu kitani terjamin dari segi status social, politik atau ekonomi nya. Amat menyedih dan memilu kan ………. !


Dalam menghayati sistem ber-Negara di Negara Brunei Darussalam yang kitani sama sama cintai ini, dimana Konsep Melayu, Islam, Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik, bersendi kan ajaran ahli sunnah waljamaah, telah meletakan bangsa Melayu, ugama Islam dan sistem be-Raja ketahap yang ter-atas dalam tampok pemerintahan Negara dan Kerajaan, dan secara terang-terangan orang dan bangsa Melayu itu terdiri dari golongan majoriti, dimana Raja nya (sultan Brunei yang beragama Islam) terdiri dari golongan bangsa Melayu menjadi pemimpin tertinggi yang berkuasa dan memerintah Kerajaan dan Negara, namun masih belum ketara orang Melayu itu menguasai dan mempengaruhi perkembangan politik dan ekonomi di Negara ini.


Walau apa pun konsep atau sistem pemerintahan dan bernegara yang kitani perkenalkan dan laksanakan, mungkin saja masih terdapat sebilangan golongan ketua atau pemimpin yang terdiri daripada orang Melayu yang masih membenarkan diri mereka dibawah telunjuk orang bukan Melayu, yang meyebabkan sebilangan terbesar pengendalian ekonomi Negara kitani, dipengaruhi dan diraih oleh golongan yang terdiri dari bukan orang Melayu sama ada dari dalam atau luar Negara.


Mungkin juga ada dikalangan mereka ini yang diamanahkan dan diberi mandat selaku pemimpin tertinggi dalam kerajaan dan diperingkat daerah-daerah, tetapi masih membenarkan diri mereka mengikut telunjuk rakan-rakan mereka yang bukan terdiri dari golongan orang Melayu, dalam menentukan hala tuju perkembangan social, politik dan ekonomi kitani orang-orang Melayu


Berdasarkan pengamatan dan kaji selidik hingga kesaat ini, ramai dikalangan orang orang Melayu kitani di Negara Brunei Darussalam ini belum lagi menunjuk kan tanda-tanda yang mereka bersatu menuju kearah kesatuan dan kesefahaman yang bulat dalam ertikata perpaduan orang Melayu, mereka masih berpecah dan tidak sealiran pendapat dan idologi diantara satu dengan lain dalam memajukan perekonomian bangsa Melayu. Ini berpunca dari adanya sifat pementingkan diri dalam, mengejar kuasa politik dan pembahagian ekonomi. Dalam keadaan sedemikian sudah setentunya menguntungkan musuh-musuh kitani iaitu golongan yang anti-kuasa-kuasa orang Melayu.


Cuba kitani fikirkan dari sudut yang positif. Perpaduan dan bersatunya kitani orang melayu akan membuatkan bangsa Melayu lebih maju dan berjaya, kitani akan menjadi bangsa yang disegani dan pada masa yang sama membentuk satu bangsa Melayu yang tahu erti hormat dan bertanggunjawap. Bangsa yang menpunyai satu identiti yang unik, bukan yang ciplak dari bangsa lain, kitani orang Melayu yang benar benar menguasai dan memerintah bumi Brunei Darussalam ini.


Walau bagaimana pun kejayaan setengah orang Melayu kitani dalam bidang perekonomian (perusahaan) dan politik bukannya dapat dijadikan bahan kayu pengukur bagi kitani menunjukkan kejayaan keseluruhan orang-orang Melayu kitani, masih banyak lagi usah-usaha perlu dilakukan dan dilaksanakan bagi memajukan bangsa Melayu dalam semua peringkat perekonomian yang berdayamaju dan berdyasaing.


Justeru itu, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei–DPPMB harus juga bertindak selaku rakan kongsi kerajaan untuk memajukan, memantapkan dan memperkembangkan ekonomi bangsa Melayu disamping memainkan peranan, tanpa memikirkan kepentingan peribadi dan dengan sepenuh hati berkorban untuk kepentingan perkembangan perekonomian bangsa Melayu, untuk meraih sokongan dari peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha Melayu Negara ini untuk dijadikan ahli DPPMB, dengan mengadakan dialog-dailog terbuka dari hati kehati untuk menerima dan mendengar kritikan dan tegoran serta permasalahan mesyarakat peniaga dan pengusaha Melayu demi untuk perpaduan orang-orang Melayu yang boleh diserapkan dalam payung DPPMB, dimana Kerajaan pula bertindak sebagai ‘facilitator’ bagi usaha-usaha memperkembangan ekonomi.


Orang-orang Melayu dan umat Islam diNegara Brunei Darussalam harus bersatu mendukung Kerajaan pimpinan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela nasib dan kebajikan rakyat dan bangsa Negara Brunei Darussalam.


Bersatu teguh, bercerai runtuh, ……. yang mana satu yang kitani mahukan dan pilih ?.
Saya bukannya ‘chauvinist’ atau ‘racist’ kerana menyuarakan pendapat saya ini, niat saya ialah untuk mengingati dianatara kitani sebelum nasi jadi bubur, jangan sampai yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak kesampaian.


TITAH DIJUNJUNG MEMPERKASAKAN RAKYAT


Oleh : Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin PSB, PJP.

No comments: