Thursday, June 11, 2009

DASAR PERLEMBAGAAN NEGARA


Perlembagaan adalah merupakan satu alat yang menggariskan tindakan-tindakan yang sah dari segi undang-undang. Begitu juga isi kandungan dalam Perlembagaan tersebut merupakan dokumen asas satu-satu mesyarakat yang bertemadun, pada umumnya perlembagaan merupakan satu kumpulan peraturan yang secara langsung atau tidak mengakibatkan pengagihan bagi kedaulatan kuasa dalam negara dimana ianya juga merupakan satu-satu yang mengesahkan kebebasan ahli sesuatu mesyarakat.

Perlembagaan adalah undang-undang, setiap negara perlu ada undang-undang dan dasar yang dianggap tertinggi (supreme) dimana ianya menjadi garis panduan kepada rakyat, perlembagaan juga menghadkan kuasa kerajaan dari masa kemasa dan akan diubahsuai jika ada keperluan, segala pindaan dalam perlembagaan dianggap sebagai undang-undang dan dasar yang menpunyi matalamatnya, dan ianya menetapkan tingkah laku badan-badan kerajaan, rakyat, penduduk dan sebagainya.

Bercakap tentang Dasar Perlembagaan negara, tidak dapat dinapikan bahawa ianya perlu diperbaiki dan diubahsuai mengikut peredaran zaman, sebarang pembaharuan dan pengubahsuaian keatas isi kandungan dasar tersebut perlu dibuat kajian yang serius serta teliti dengan mengambil kira keadaan waktu masa kini dan masa yang akan datang agar setiap pembaharuan serta tujuan dan matalamat dasar tersebut dapat dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk negara ini.

Salah satu penyusunan semula dan pengubahsuaian perlembagan Negara 1959 yang dianggap lebih baik dan sempurna, ialah pengisytiharan Konsep Negara “ Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah subhanahu wa taala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahlisunnah Wal-Jemaah …” oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 adalah merupakan satu hadiah yang amat berharga dan tinggi nilainya bagi seluruh lapisan rakyat dan penduduk dinegara ini.Pada umumnya konsep tersebut merupakan sebahagian dari isi kandungan dasar perlembagaan negara ianya telah diterima baik oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk negara ini, walau bagaimana pun terdapat sebahagian besar dari rakyat dan penduduk negara ini belum memahaminya sepenuhnya pengertian konsep MIB tersebut. Usaha Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja (MTKMIB) untuk menggubal satu takrif yang lebih konkrit dengan mengambil satu rumusan bersama dan bersetuju bahawa MIB itu dibahagikan kepada tiga (3) unsur komponen penting atau integral yang memperakukan Melayu , Islam dan Beraja (dengan huraian khusus ketiga-tiga komponen tersebut) dianggap belum lagi cukup berkesan dan mencapai kematalamatnya yang diharapkan.

Saperti yang disebutkan, konsep MIB adalah sebagian dari dasar perlembagaan negara, maka tiga (3) unsur komponen yang lain selepas Melayu Islam Beraja saperti yang diutamakan oleh MTKMIB harus juga dilibatkan dan digandingkan, ini kerana tiga unsur tersebut merupakan kembaran kepada MIB dan juga sebahagian dari dasar perlembagan. Tiga unsur yang dimaksudkan adalah Merdeka, Berdaulat dan Demokratik.

Setiap dasar dalam perlembagaan yang digubal ianya ada mempunyai tujuan dan matalamatnya, begitu juga dengan konsep MIB harus menjurus kematalamatnya, justeru itu gandingan Melayu Islam Beraja dengan kembarannya Merdeka, Berdaulat dan Demokratik mesti diberikan kefahaman secara meluas dan tulus kepada rakyat dan penduduk negara ini supaya perasaan ‘a sense of duty’ (rasa tanggung jawab, kesedaran dan keinsafan) akan sentiasa wujud dijiwa rakyat.

Selain dari itu dalam usahakan dan perancangan untuk memperbaiki dan menggubahsuai dasar yang sedia ada, saperti aspek-aspek untuk mencapai kestabilan, keamanan dan keselamatan, tujuan dan matalamat seterusnya harus difokuskan dengan mengambil kira kepada aspek-aspek bagi menonjolkan identity kedaulatan keBruneian (kemalayuan) yang merdeka serta demokratik dalam berbagai bidang perekonomian, perdagangan, pendidikan serta kebudayaan dan politik dangan mengujudkan dan masukkan dalam dasar dan matalamatnya ‘a sense of belonging’ (perasaan hak milik), ‘a sense of value’ (perasaan satu penghargaan nilai) dan ‘a sense of duty’ (perasaan tanggung-jawab, kesedaraan dan keinsafan) kepada Bangsa, Negara dan Agama sebagai satu ciri kehidupan rakyat, dimana semua kumpulan mesyarakat menikmati faedah akibat pembaharuan dan penggubahsuaian dasar tersebut, disamping itu juga amat penting bagi penggubal dasar dan perlaksana program pembaharuan tersebut berjiwa rakyat bagi menepati kehendak dan matalamat dasar tersebut serta keperluan negara.

salogan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN

Oleh Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin.

No comments: