Wednesday, October 28, 2009

PAIP AIR PECAH

BEKALAN AIR TERPUTUS
(kerana kecuaian -siapa yang dipertanggung-jawpkan?)

Keseluruhan kawasan Kuala Belait dan Panaga telah kekeringan tanpa air selama hampir 2 hari, disebabkan terputusnya bekalan air, dan ini telah menimbulkan permasalahan dikalangan penduduk – penduduk dikawasan berkenaan.

Dari sumber yang didapati, terputusnya bekalan air berpunca dari kerja-kerja pengorekan jalan yang sedang dikendalikan oleh pihak kontraktor.

Pegawai atau Penyelia JKR yang mengawasi kerja-kerja pengorekan jalan setentunya memang sudah sedia maklum, akan rasiko-rasiko yang akan dihadapi semasa melakukan kerja-kerja tersebut, justeru itu, sebarang pengorekan yang akan dibuat dalam kawasan-kawasan berkenaan (Dearah Belait) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan borang ‘PERMIT TO DIG’ dari Unit Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya bagi tujuan memohon kebenaran dan komen dari Jabatan dan Seksen-seksen tertentu (saperti Telikom, Air & Gas, Letrik, Pembentungan dimana akan memaklumkan posisi saluran-saluran yang terdapat dalam kawasan-kawasan berkenaan) sebelum sebarang kerja pengorekan dlakukan oleh pihak kontraktor.

Pegawai dan Penyelia JKR yang ditugaskan untuk mengewasi kerja-kerja dikawasan berkenaan seharusnya faham dan mengetahui akan prosedur-prosedur telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya, termasuk juga pihak kontraktor.

Siapa harus dipersalahkan dan dipertanggung-jawapkan dalam keadaan sekarang dimana semuanya kalang kabut disebabkan terputusnya bekalan air disebahagian besar kawasan Kuala Belait.

Apakah pehak Jabatan Kerja Raya akan mengambil tindakan terhadap Pegawai atau Penyelia JKR kerna kecuaian mereka dan pada waktu yang sama mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor berkenaan bagi menuntut kerugian diatas kerosakan paip-paip air, dan bayangkan jika sekiranya ‘paip utama’ yang pecah (yang boleh dianggarkan mencecah beratus ribu ringgit dalam beberapa jam) wang kerajaan terbuang dengan begitu saja dikawasan berkenaan. Kerugian-kerugian yang lain mungkin saperti:

1. Anggaran harga air berseh yang telah mengandungi ubat dimana telah banyak terbuang,

2. Kerugian-kerugian dipehak awam dan para peniaga

3. Bayangkan juga jika berlakunya kecemasan saperti kebakaran dan sebagainya….

Menetapkan seseorang yang bukan tempat atau pakar dalam bidang nya akan mengundang permasalahan dan kehancuran dalam organasasi.

Slogan : TITAH DIJUNJUNG, RAKYAT DIPERKASAKAN


olek : Dr Hj Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin

No comments: