Monday, June 6, 2011

JADI "YB"





TEKA- TEKI siapa yang akan dlantik menjadi Ahli-Ahli Yang Berhormat (Ahli-Ahli Mesyuarat Negara), sudah pun diumumkan secara resmi melalui TV, Radio dan media-media resmi Kerajaan dan swasta.Mereka yang dilantik tersenyum lebar dan calun2 yang tidak dilantik bermasam muka, sementara itu terdengar desus-desus angin ada yang mahu letak jawatan dari terus menjawat jawatan sekarang tanda tidak kepuasan hati terhadap prosses pemilihan dikendalikan.

Lantikan serta gelaran “Ahli Yang Berhormat” memang ditunggu-tunggu oleh semua pihak, terutama orang-orang tertentu yang berkepentingan peribadi, ianya amat mengembirakan dan menyeronokan bagi mereka yang mendapatnya, sama ada mereka tahu atau faham akan fungsi dan tugas sebagai Ahli Yang Berhormat (YB) MNN, ianya menjadi perkara kedua atau ketiga….yang penting dan utama adalah gelaran “YB”.

Beberapa hari selepas pengumuman perlantikan menjadi YB, terdengar kelohan anak2 buah kampong dimana Ketua Kampong enggan menjawap salam atau berurus dengan mereka selagi anak2 buah kampong berkenaan tidak memanggil nya dengan gelaran “YB” apabila mereka seperti biasa berurusan deangan Ketua Kampong mereka.

Dikedai-kedai kopi, topic hangat diperbincangkan adalah perlantikan keatas beberapa orang yang dianggap tidak layak untuk dilantik menjadi Ahli-Ahli Yang Berhormat, ini memandangkan prestasi dan latar belakang orang-orang berkenaan terhadap masyarakat setempat tidak begitu mendapat sokongan dan tidak digemari.

Ramai yang beranggapan bahawa beberapa orang tertentu yang dilantik mempunyai ‘record’ yang kurang baik malah terdapat juga ‘record’ buruk. Timbul tanda tanya dari orang ramai cara pihak tertentu menilai seseorang calun, apa tah lagi pihak Kerajaan mempunyai berbagai cara untuk mengenalpasti akan latar belakang dan ‘record’ seseorang calun berkenaan, namun bagitu ada juga terkesilapan terhadap pemilihan tersebut.

Begitulah kehendak acuan dan bentuk sistem kita yang ada ketika ini, namun rakyat tetap menerima hakikat tersebut (walau pun terdapat perasaan tidak kepuasan hati mereka) tanpa berbuat apa-apa atau tindakan.


Sama ada rakyat suka atau tidak suka diatas pengumuman perlantikan Ahli-Ahli Yang Berhormat saperti yang diumumkan, rakyat mesti akur kerana ianya adalah merupakan ‘Titah Perintah’ seorang Raja selaku Umul Amiri yang wajib seluruh lapisan rakyat dan penduduk dinegara ini mentaati dan menghormati-nya.

Menentang dan menolah titah perintah bererti menderhaka kepada Raja (Umul Amiri).

"Beta percaya, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu saja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikan rakyat dan negara tanpa takut-takut, atau malu-malu dan ragu."

- petikan Titah sempena Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan ke-5 Majlis Mesyuarat Negara pada 12 Mac 2009.

Rakyat juga berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat itu nanti sentiasa peka dengan perkembangan terkini dan sering membuat kajian yang terperinci terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, peraturan-peraturan, undang-undang yang ada bersangkut paut dengan kebajikan dan kepenting rakyat (khususnya ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan keselamatan) negara ini.




TITAH DIJUNJUNG MEMERKASAKAN RAKYAT


Oleh: Dr Haji Mohd Hatta B Haji Zainal Abidin PSB, PJP

1 comment:

Anonymous said...

so how this matters can be brought up to higher authority that future selection based on the performance merits.