Wednesday, March 7, 2012

APA KAH PILIHAN RAKYAT..?


ADA KAH PENGHULU & KETUA KAMPUNG BENAR-BENAR PILIHAN RAKYAT..?


Pemimpin No.1 Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bertitah melahirkan perasaan tidak selesa dengan berita mengenai terdapat penghulu atau ketua kampung yang mengabaikan anak buah mereka.


Baginda amat tidak selesa, kadang-kadang terdengar ada penghulu atau ketua kampung yang mengabaikan anak buah. Mereka itu aktif dan suka kepada kerja-kerja lain tetapi kurang aktif atau tidak suka untuk mengambil tahu dan mendengarkan kesulitan-kesulitan anak buah. jika perkara tersebut benar berlaku ianya adalah amat dikesali. Baginda Sultan bertitah semasa Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi, Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kelapan bagi Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Kebangsaan pada 1 Mac 2012.

Jika kita imbas kembali, pemilihan Penghulu atau Ketua Kampung dibeberapa Daerah dan Kampung dinegara ini sememangnya jika kita lihat dari mata kasar mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk kampung, namun hakikatnya tidak saperti apa yang kita lihat, pandang dan dengar.

Calun-calun yang dicalunkan untuk jawatan Penghulu atau Ketua Kampung diDaerah dan Kampung tersebut bukanlah calun favorite (kesukaan) ramai penduduk diKampung berkenaan, (mungkin saja disebabkan latarbelakang serta keperbadian calun berkenaan), disebaliknya calun-calun tersebut adalah calun-calun yang ditunjuk, kesukaan dan pilihan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.


Jika kita teliti keramaian penduduk yang layak untuk mengundi calun-calun Penghulu atau Ketua Kampung disesebuah Kampung dan dibandingkan dengan jumlah penduduk/pengundi yang hadir semasa pemilihan calun-calu bagi jawatan Penghulu atau Ketua Kampong tersebut, tidak pun sampai ¾ peratus daripada jumlah penduduk/pengundi yang layak mengundi diKampung berkenaan.


Ini bermakna kejayaan atau kemenangan sesorang bagi jawatan Penghulu atau Ketua Kampong tidak mendapat sokongan padu atau majority dari penduduk Kampung berkenaan. Apabila tidak ada sokongan majority, maka hubungan pemimpin kampong (Penghulu atau Ketua Kampung) dengan masyarakat / anak2 buah kampong tidak akan intim.


Justeru itu apa yang didengar oleh Pemimpin No.1 Negara terhadap sikap Penghulu dan Ketua Kampung yang kurang aktif atau tidak suka untuk mengambil tahu dan mendengar kesulitan-kesulitan anak buah kampong tertentu adalah bukan rekaan akan tetapi ianya adalah perkara benar-benar berlaku dan terjadi.

Namun begitu pelantikan Penghulu dan Ketua Kampun untuk menjadi “Wakil Rakyat” (Yang Berhormat) dalam Majlis Mesyuarat Negara yang berasaskan dengan kouta Penghulu dan Ketua Kampung serta kateria-kateria saperti “orang-orang yang bergelar, orang-orang yang berjasa dan cermelang, pemimpin masyarakat dll..) tidak menapati kehendak tersebut, ini kerana tidak semua Penghulu atau Ketua Kampung yang mempunyai cirri-ciri tersebut. Penghulu atau Ketua Kampung yang terpilih untuk menjadi wakil rakyat tidak mempunyai sokongan majority dari penduduk-penduduk kampong atau kawasan yang diwakili seharusnya tidak dipilih untuk menjadi wakil rakyat.


TITAH DIJUNJUNG..MEMPERKASAKAN RAKYAT

Dr Hj Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin PSB, PJP

No comments: