Friday, February 18, 2011

HARAPAN RAKYAT TERHADAP "YB" YANG BARU


Tempoh perkhidmatan Ahli-ahli Yang Berhormat (Ahli-ahli Mesyuarat Negara) yang ada sekarang hampir tamat, InsyaAllah dalam waktu yang terdekat perlantikan Ahli-ahli Mesyuarat Negara (YB) yang baru akan dibuat dan akan diumumkan melalui TV, Radio dan media Kerajaan dan juga media-media swasta.

Baru-baru ini, atas limpah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam telah melantikan bekas Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim atas perlantikkan sebagai Yang Di-Pertua (Speaker) Majlis Mesyuarat Negara berkuat kuasa mulai hari Khamis, 7 Rabiulawal 1432 bersamaan 10 Februari 2011, bagi menggantikan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin.


Lantikan serta gelaran “Ahli Yang Berhormat” memang ditunggu-tunggu oleh semua pihak, terutama orang-orang tertentu yang berkepentingan peribadi, ianya amat mengembirakan dan menyeronokan bagi mereka yang mendapatnya, sama ada mereka tahu atau faham akan fungsi dan tugas sebagai Ahli Yang Berhormat (YB) MNN, ianya menjadi perkara kedua atau ketiga….yang penting dan utama adalah gelaran “YB” itu sendiri.


Dinegara- negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan berparlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat dipilih oleh rakyat melalui kotak-kotak undi, mereka yang menang dan berjaya akan dilantik menjadi “YB” dan kalau bernasib baik dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri dengan memikul tugas dan bertanggung-jawab untuk melaksanakan program-program kerajaan bagi kepentingan rakyat dan pada waktu yang sama mesti mengotakan janji-janji yang telah ditaburkan semasa berkempen dikawasan-kawasan yang diwakili oleh calun yang dipilih.


Berbeza dengan sistem yang ada dinegara kita, Alhamdullilah kita bersyukur, dinegara kita, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik, tidak perlu berbelanja banyak wang untuk berkempen, tidak perlu untuk menabur atau membuat janji kepada rakyat, tidak perlu untuk menjadi ahli mana-mana organasasi, tidak perlu punya ilmu pengetahuan yang luas, tidak perlu menjadi pidato yang hebat, tidak perlu turun padang ketempat dan kawasan yang diwakili dan paling unik nya terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat dilantik dikalangan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong, selain dari kalangan ahli-ahli perniagaan dan orang-orang persorangan yang telah bersara dan pernah berkhidmat dengan Kerajaan.

Begitulah kehendak acuan dan bentuk sistem kita yang ada ketika ini, namun rakyat tetap menerima hakikat tersebut (walau pun terdapat perasaan tidak kepuasan hati mereka) tanpa berbuat apa-apa atau tindakan.


Walau bagaimana pun dengan menjelangnya perlantikan Ahli-Ahli MNN yang baru nanti, harapan rakyat agar Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru dan bakal dilantik hendaknya memainkan peranan sebagai “Wakil Rakyat” dalam ertikata yang sebenarnya dan hendaklah sentiasa sering menemui serta bermesra dengan rakyat diDaerah dan kawasan yang mereka mewakilinya, dan juga harus berani, tegas dan tulus dalam memberikan usulkan serta membawa isu-isu bukan saja mengenai masaalah yang dihadapi oleh rakyat dan masyarakat, akan tetapi perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kebajikan dan kepentingan rakyat.


Harapan rakyat dan masyarakat kita amatlah besar terhadap Ahli-Ahli Yang Berhormat baru yang bakal dilantik nanti merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara serta dipertanggung-jawab untuk menentukan hala tuju masa depan rakyat, kerajaan dan negara,

Rakyat amat berharap agar suara dan kelohan mereka (rakyat) selama ini dapat dibawa dan didengar secara terus/langsung oleh pihak Kerajaan melalui wakil-wakil mereka dilantik dalam Dewan Majlis Mesyuarat Negara untuk diambil perhatian dan tindakan susulan oleh pihak Kerajaan.


Rakyat juga berharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat itu nanti sentiasa peka dengan perkembangan terkini dan sering membuat kajian yang terperinci terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, peraturan-peraturan, undang-undang yang ada bersangkut paut dengan kebajikan dan kepenting rakyat (khususnya ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan keselamatan) negara ini.


Tahun 2011 adalah merupakan yang ke5 tahun bagi temoh perkhidmatan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada sekarang, rata-rata rakyat amat kecewa terhadap prestasi (KPI) yang ditunjukkan oleh sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perkhidamatan mereka laku wakil rakyat.


Persoalan nya, sejauh mana kah kajian telah dilaku terhadap KPI serta keberhasilan dan pencapaian serta kecermelangan yang telah dicapai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam melaksanakan tugas dan tanggung-jawap serta amanat Raja terhadap mereka yang berhubung kait dengan kebajikan dan kepenting rakyat?,. Apakah acuan dan sistem ini berjaya dan akan berlanjutkan sehingga 25 tahun yang akan mendatang?, dan apa kah perlu dilakukan sesuatu untuk memperbaikinya?.

"Beta percaya, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu saja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikan rakyat dan negara tanpa takut-takut, atau malu-malu dan ragu."

- petikan Titah sempena Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan ke-5 Majlis Mesyuarat Negara pada 12 Mac 2009.



TITAH DIJUNJUNG MEMERKASAKAN RAKYAT


Oleh: Dr Haji Mohd Hatta B Haji Zainal Abidin PSB, PJP

No comments: