Wednesday, November 30, 2011

KRONIsme....dan RASUAH ...

Apakah Kroni2 penyebab wujudnya perniagaan Ali Baba.....?

Sebelum Brunei mencapai kemerdekaan, bilangan perniagaan tempatan Melayu yang aktif adalah hanya segelintir. Kebanyakan peniaga-peniaga Melayu yang terlibat dalam perniagaan saperti kontraktor pengangkutan sokongan, kantin, katering, kerja pembaikan kecil dan kerja-kerja penyenggaraan sama ada diJabatan-Jabatan Kerajaan, Syarikat Minyak Shell Brunei atau diBrunei LNG, disebalik itu kerja-kerja atau kontrak-kontrak yang besar dikuasai olih peniaga-peniaga atau kontraktor bukan milik orang Melayu.

Setelah Brunei mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1984, dan beberapa tahun kemudiannya atas rasa tanggung-jawab terhadap negara dan bangsa, Kerajaan telah memperkenalkan dasar pembangunan perniagaan tempatan yang akan membantu peniaga-peniaga tempatan Melayu untuk menubuhkan dan aktif dalam perniagaan didalam perbagai bidang.

Tujuan dan objektif Kerajaan KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang diPertuan NBD ini adalah baik dan murni, namun begitu bagi saya ianya akan sia-sia, jika kerajaan gagal membasmi rasuah, kronisme dan salah guna kuasa. Faktor inilah sebenarnya yang menggagalkan hasrat pucuk pimpinan Negara dan Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan dinegara Brunei Darussalam.

Banyak peluang perniagaan dan projek-projek dibolot oleh kroni-kroni pihak/orang2 tertentu sehingga menafikan hak peniaga-peniaga atau usahawan yang berpotensi dan kompeten. Faktor ini menyebabkan projek-projek itu di'Ali Baba'kan selain berlaku ketirisan dan sebagainya. Amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga menjadi penyebab kegagalan untuk mengwujudkan pengusaha-pengusaha dan peniaga-peniaga Melayu yang tulin saperti yang dihasratkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPertuan NBD, Akhirnya kroni-kroni pihak/orang2 tertentu menjadi jutawan dan hidup senang lenang.

Usahawan dan Peniaga yang berdaya maju dan kompeten tertinggal di belakang dan akhirnya tutup kedai dan Syarikat. Kekayaan dan projek dibolot oleh sejumlah kecil peniaga dan usahawa yang rapat dengan pihak/orang tertentu. Pengusaha dan peniaga Melayu yang layak tidak mendapat tempat kerana amalan kronisme dan rasuah..yang tidak nampak dilihat secara mata kasar.


Saya secara peribadi yakin dan percaya apabila setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama mendapat jaminan hak yang adil, maka perpaduan dan keharmonian kaum dapat direalisasikan. Usaha kearah untuk mengwujudkan pengusaha dan usahawan Melayu yang tulin, InsyaAllah pasti akan menjadi kenyatan dan usaha murni Kerajaan KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPertuan NBD kearah tersebut tidak menjadi sia-sia.


Adalah sanagat penting bagi usahawan Melayu yang diberikan peluang projek dan kontrak menjaga nama baik bangsa dan komuniti perniaga dan pengusaha Melayu dengan tidak menyalahgunakan kemudahan yang diperolehi. Selain daripada menyelewengkan kuota-kuota perniagaan, mereka yang mengAli Babakan perniagaan, adalah sebenarnya menipu diri sendiri, dan pengkhianat bangsa nya kerana mereka hanya berniaga kertas iaitu sijil-sijil atau lessen-lesen perniagaan, dan tidak lebih daripada berniaga atas angin.

Setengah pihak berpendapat perniaga ala AliBaba adalah merupakan dan bermaksud “perniagaan yang dijalankan oleh bangsa China atau India dengan orang depan nya (frontman) bangsa Melayu (untuk memuaskan Kedrajaan atau Syarikat2 tertentu)”.


Usahawan dan peniaga-peniaga Melayu mesti ada maruah dan harga diri, dan tidak mudah diperdaya dengan sogokan wang, serta mempunyai semangat kuat untuk maju dengan usaha sendiri, yang sudah pasti mempunyai berkat. Seperti telah saya katakan awal tadi, masih ramai yang tidak mempunyai semangat perintis, untuk menceburi pelbagai bidang industri dan perdagangan yang berpotensi dan yang dapat memanfaatkan pasaran-pasaran baru.

Kerajaan harus memainkan peranan yang utama dalam mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membetolkan keadaan demi mencapai objektif – objektif dasar Kerajaan dimasa-masa akan datang dengan bersedia untuk menarik balik lesen-lesen perniagaan terhadap pengusaha dan peniaga Melayu yang terbokti melakukan penyelewengan kemudahan, kontrak dan projek yang diberikan kepada mereka dengan mengAliBabakan perusahaan atau perniagaan mereka.

Dalam usaha Kerajaan untuk melaksanakan dasar tersebut, usaha kearah mendisiplin pengusaha dan peniaga Melayu supay akur dan patuh terhadap peraturan-peraturan dan etika-etika keusahawan dan perniagaan dikalangan para usahawan dan peniaga juga harus dipertingkatkan.

Sangat memalukan jika nama dan imej pengusaha dan peniaga Melayu tercemar sebagai peniaga-peniaga atas angin, semata-semata oleh kerana ada di antara pengusaha dan peniaga Melayu yang sanggup menyelewengkan kemudahan yang diberi.
Selepas hampir 27 tahun negara kita merdeka dan usaha gigih Kerajaan KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang DiPertuan NBD untuk membangunan pengusaha dan perniaga tempatan khususnya orang-orang Melayu sapatutnya tidak lagi timbul persoalan mengapa perniagaan atau pengusaha “Ali Baba”...masih wujud dikalangan para pengusaha dan peniaga kita hingga kehari ini...


Tidak sepatutnya lagi ada keadaan di mana bilik pameran dan papan tanda terpampang besar dan hebat dengan nama syarikat Melayu, tetapi sebenarnya perniagaan dijalankan oleh orang lain yang tidak berhak.


Sekarang kita lihat dengan mata kita sendiri (tanpa dapat berbuat apa2) kewujud MiniMart2 (kedai runcit2) diKampong2 pendalam diseluruh negara yang dikendalikan oleh ALI SAMGAM BABA....(lesen orang Melayu Brunei, sementara modal perniagaan dikendalikan oleh orang India)



TEPOK DADA TANYA SELERA.



MENJUNJUNG TITAH..MEMPERKASAKAN RAKYAT

Dr Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin. PSB, PJP

No comments: