Friday, August 26, 2011

AUDIT PERISTASI NEGARA SETELAH 25 TAHUN MERDEKA



PERISTASI NEGARA SATELAH 25 TAHUN MERDEKA...?


Alhamdulillah, sejak kita mengambil alih semula tanggungjawab penuh dan tampok pemerintahan dan pentadbiran Negara, kita sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

Secara amnya rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam telah dapat mengecapi dan menikmati keamanan, kedamaian, keselesaan, keharmonian dan kesejahteraan tanpa mengalami sebarang kecelakaan saperti mala-petaka alam yang amat buruk dan menghancurkan saperti yang menimpa negara-negara sahabat yang lain saperti Jepun (gempa bumi dan tsunami), Australia (putting beliong dan banjir besar), New Zealand (gempa bumi) dan Amerika Syarikat (putting beliong).

Walau pun negara ada mengalami kemudharatan yang berlaku saperti inciden angin kuat, hujan lebat, tanah runtuh dan banjir kebelakangan ini, semua itu telah dapat kita harungi dengan sabar dan gigih dan tangani dengan jaya nya tanpa melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda seteruk yang di alami olih Negara Negara lain saperti yang tersebut di atas.

Sepanjang lebih 25 tahun mengecapi manis kemerdekaan kita masih dapat mengekal kan dan menegak kan kedaulatan, dan kemakmuran negara. Dalam tempoh masa yang bolih di anggap cukup singkat ini, kita dapat melihat dan merasa tahap kehidupan rakyat keseluruhannya memang lah bertambah lebih baik dari sebelumnya.

Walaupun ada ketikanya suasana politik diperingkat antarabangsa cukup mencemaskan dan sungguh membimbangkan disebabkan peperangan, pemberontakan, pembunuhan, pengeboman, dan sebagai nya, namum di negara ini, kita masih dapat menikmati suasana aman dan tenteram yang membolihkan kita mempertahankan kedudukannya sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat, dan makmur lagi bahagia, serta bebas dari sebarang kemudharatan.


Disebalik kebaikan dan kerahmatan yang telah dilimparkan keatas kita dan negara ini, kita seharus nya tidak akan leka dan bersifat berbangga bangga. Kita perlu mengimbas balik dan meneliti pencapaian kita sewaktu era kemerdekaan setakat ini, sejauh mana pencapaian kita sejak negara merdeka?, bolih kah kita mengatakan yang kita telah mencapai taraf negara yang sedang membangun dan maju sebanding dengan negara-negara yang sedang membangun dan maju dirantau ini. Selaku sebuah negara yang kaya (hasil dari minyak dan gas), disamping kestabilan dan kemantapan politik, bolih kah kita beranggapan yang negara ini sudah mempunyai dasar luar yang utuh yang bolih meyakinkan negara-negara serantau dan antarabangsa dalam bidang politik, ekonomi dan sebagainya ? serta bolih kah kita dengan cukup bangga mengkabarkan yang negara kita mempunyai dasar hubungan yang baik dan kukuh diperingkat antarabangsa dan serantau terutama sekali dari segi jalinan persahabatan dengan negara-negar di rantau Asia & Teluk Arab?.


Selain dari sumber sumber asli saperti minyak mentah dan gas, sememang nya kita juga mempunyai hasil sumber yang lain saperti sumber tenaga manusia yang bertaraf ‘professional’ yang terdiri daripada anak-anak kelahiran Brunei yang pakar dalam bidang-bidang tertentu (samaada berkaitan dengan bidang minyak dan gas atau bidang yang lain), para bijak pandai yang berkelulusan tinggi dalam bidang-bidang saperti sain politik, ekonomi, sosial, kedoktoran, undang-undang dan kehakiman, pendidikkan, pentadbiran, kejuruteraan dan sebagainya.

Ketampilan kesemua para professional dan bijak pandai ini adalah hasil berkat usaha yang gigih serta kebijaksanaan kepemimpinan negara kita merangka perancangan yang mantap dan perlaksanaan yang strategic dan padu disepanjang lebih 25 tahun merdeka. Kejayaan kejayaan itu semua berhasil dicapai dengan terdapat nya dasar luar negara yang berpandangan jauh lagi bernas dari segi membantu dan memberi sokongan padu dalam menjalin hubungan berbaik baik yang mesra lagi tulin dengan negara-negara sahabat di mana anak anak Brunei dapat menimba ilmu dan pengehtauan yang diperlu kan untuk menjadi kan mereka sumber tenaga manusia yang terbaik dan ‘professional’ lagi mantap. Ada lah dihasratkan dan diharapkan kesemua sumber tenaga manusia terdiri dari anak anak Brunei ini telah, sedang dan akan menyulurkan tenaga , masa, fikiran dan modal bagi menggerakkan hala tuju negara ke tahap pembangunan dan perkembangan yang setaraf dengan negara-negara sedang membangun dan dirantau ini dan antarabangsa.


Di sebalik kejayaan negara menghasil kan tenaga manusia yang dapat di bangga kan, macamana pula prestasi negara dan kita dalam aspek “Nation Building” ? Jika dilihat disekeliling kita, pembangunan infrastruktur saperti jalan raya, bangunan bangunan awam, perumahan dan sebagainya yang dihasrat dan diharapkan belum lah nampak begitu menyerlah dan mencukupi. Kita masih lagi nampak nya mencari-cari atau baru saja nak bermula, wal-hal pemimpin negara sering bertitah dan mengingatkan betapa pentingnya ditingkatkan usaha dalam aspek pembangunan dan kemajuan serta memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi dan nilai-nilai hidup dari segi kerohanian serta kesejahteraan rakyat.Saya percaya dan penuh yakin, pembangunan dan kemajuan sepatut nya boleh kita capai dalam tempuh 25 tahun kebelakangan ini, jika semua pihak serta tenaga- tenaga professional, mengambil prihatin dengan serius terhadap titah-titah berkenaan dengan penuh kejujuran, ketulusan dan perasaan bertangung-jawap yang mendalam terhadap bangsa, agama dan negara.


Apa yang dikesali tidak ada mana-mana pihak yang mahu memulakan (proaktif) untuk ‘menganalisa’ maksud dan hasrat yang terkandung dalam setiap titah KDYMM dalam bentuk forum atau seminar untuk tujuan memberikan pandangan-pandangan serta hujah-hujah yang bernas serta dijadikan satu ketetapan (resolusi) yang akan dibuat sampai ketahap kejayaannya. Setakat ini forum dan seminar mengenai konsep MIB saja yang telah dianjurkan dengan jaya nya.


Sehubungan dengan perkara-perkara ini, sukacita saya mengambil perhatian dan menguna pakai perkataan ‘audit’, bukan maksud untuk memeriksa kira-kira (akaun) secara rasmi, akan tetapi menguna pakai bagi tujuan ‘mengaudit’ prestasi (performance) hasil kerja, mengaudit sistem, mengaudit waktu yang digunakan dalam melaksana kan tugas dan tanggung-jawap masing-masing daripada peringkat Jemaah Menteri hinggalah ke peringkat pagawai dan kakitanggan Kerajaan pada setiap bulan bagi tujuan sejauh mana pencapaian terhadap hasrat dan titah-titah berkenaan telah dilaksanakan. Justeru itu Kerajaan dan rakyat mesti lah berkerjasama selaku satu pasukan yang sepatu lagi utuh untuk membawa negara ini melangkah maju kehadapan produktif lagi berjaya.“….apa yang Beta harapkan, negara kita mustahak mempunyai pasukan untuk membawanya kehadapan bukan berundur kebelakang,….Tiap-tiap orang perlu ghairah menyertainya, jangan ada yang berkecuali. …Kemerdekaan akan hampa jika kita hanya bersikap menonton tetapi disamping menonton, rakyat juga perlu sedar dan peka dengan apa yang terjadi di hadapan mereka…., Tegasnya, dalam kontak bernegara dan bermasyarakat, tidak siapa pun yang harus terlantar sendirian, melainkan semuanya itu mestilah mendapat layanan dan pembelaan yang saksama….” Petikkan Titah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-17 Tahun pada 23 Feburari 2001.

Justeru itu, dalam konteks membangun dan memajukan sosio-ekonomi dan nilai-nilai kerohanian rakyat, adalah amat penting bagi penggubal dasar dan pelaksana-pelaksana program Kerajaan berjiwa rakyat menepati kehendak dan keperluan negara dengan memperbaiki keupayaan jentera-jentera perancangan dan pelaksanaan program-program berkenaan saperti yang dititahkan dan dihasratkan oleh pemimpin negara kita.

InsyaAllah, dengan Izin, Pertunjuk serta Perlindungan Allah SWT jua, saya akan cuba menganalisa dan membuat kajian terhadap semua Titah-Titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam untuk dikongsikan bersama dalam sedikit masa lagi.



TITAH DIJUNJUNG MEMPERKASAKAN RAKYAT

Oleh: Dr Haji Mohd Hatta Bin Haji Zainal Abidin PSB, PJP


No comments: