Tuesday, May 8, 2012

PENTADBIRAN ISLAM

CIRI-CIRI PENTADBIRAN ISLAM (2)


ISLAM
Islam adalah Ad-Din “agama” iaitu dalam ertikata yang luas yang diredai oleh Allah, mengatur cara hidup manusia didunia dan diakhirat, memimpin manusia kearah kebahagian dan kemulian hidup didunia dan diakhirat.

Allah berfirman maksudnya:

“Pada hati ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmat-Ku, dan telah Aku redai Islam itu”deen” (Agama) kamu..” (surah Al-Maa’idah:3)

Jelas diyatakan bahawa untuk diterima oleh Allah SWT segala ibadah, perbuatan baik, sumbangan dan usaha bagi mendapat keredaan dan ganjaran Nya, maka semuanya hendaklah didasarkan kepada Islam, mengikut peraturan dan prinsipnya, mengikut syariat dan ajarannya, Secara umum, Islam itu terdiri dari syariah, akidah dan akhlak.

1.Syariat
Syariat iaitu undang-undang dan peraturan Islam, lengkap, menyeluruh dan sempurna. Ia menyentuh semua aspek kehidupan manusia, ia mengatur hidup manusia dan menyusun kegiatan mereka secara individu, berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan sebagai ummah serta mengatur dan menghubungkan manusia dengan dirinya sendiri, penciptanya iaitu Allah SWT, alam sekeliling dan makhluk-makhluk yang lain. Ian mengatur hubungan pentadbiran Negara, rakyat dengan pemerintah, muslim dan non-muslim, Negara dengan Negara, dunia yang fana ini dengan dunia yang baqa dan alam dunia dengan alam akhirat.

2.Akidah
Akidah atau keimanan bererti kepecayaan penuh tanpa sebarang keraguan terhadap perutusan Baginda Rasulullah SAW. Beriman kepada Allah SWT bererti menolak kekufuran dan kesyirikkan dalam apa bentuk sekalipun. Beriman bererti adanya keyakinan didalam hati, perakuan lisan terhadap rukun-rukun iman dan amalan anggota terhadap tuntutan rukun-rukun iman. Amalan anggota adalah syarat pelengkap kepada kesempurnaan iman. Iman hendaklah dijelmahkan melalui perbuatan dan amalan.

3.Akhlak
Akhlak Islam menghendaki ummahnya berakhlak mulia, berbudi perkerti yang tinggi dan tingkah laku terpuji. Akhlak mulia ini adalah gambaran daripada penghayatan mereka terhadap akhlak Al-Quran. Rasulullah SAW hendaklah dijadikan contoh penghayatan akhlak Islam ini.

Dari kenyataan diatas adalah jelas yang syariah, akidah dan akhlak ini tiga unsure terpenting Islam. Tidak dikatakan Islam tanpa adanya ketiga-tigga unsur ini.

TITAH DIJUNJUNG MEMPERKSAKAN RAKYAT

Dr.Haji Mohd Hatta Bin Hj Zainal Abidin PSB; PJP

No comments: